Thursday 7 April 2011

Guru retak batang hidung ditumbuk pelajar


KANGAR - Seorang guru cedera di bahagian hidung setelah ditumbuk oleh seorang pelajar ketika cuba mendapatkan penjelasan mengenai satu kes pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Padang Besar dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, guru tersebut, Mariati Matail, 37, retak pada batang hidung akibat ditumbuk oleh pelajar tingkatan dua berkenaan di koridor bangunan sekolah itu.
Ketika kejadian, Mariati yang mengajar subjek Sejarah terserempak dengan pelajar terbabit yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain.
"Saya panggil pelajar itu dan mahu membawanya ke bilik guru untuk mendapatkan penjelasan mengenai pergaduhan itu.
"Bagaimanapun dalam perjalanan ke bilik itu, tiba-tiba dia menumbuk hidung saya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.
Akibat tumbukan tersebut, hidung Mariati berlumuran darah dan dia kemudian bergegas ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HTF.
 __________________________________________________________________________________

Tersenyum. Itu lah ekpresi pertama penulis tatkala membaca artikel diatas. semenjak dua menjak kebelakangan ini, kes pelajar menggertak,memukul guru sudah acap kali menjadi hiburan halwa telinga kita. Tapi sampai bila nak biarkan benda ni berterusan?tak kan nak sampai cikgu masuk ICU baru nak ambil tindakan. Acap kali pelajar dibebaskan setelah pihak ibu bapa datang dan memohon maaf dari pihak guru dan sekolah. Bukan sekali dua. gejala ni memang makin menjadi2.

Pihak sekolah selalu merahsiakan kes2 macam ni sebab xnak malu nama sekolah busuk masuk paper. mana boleh macam tu.haish...kalau la pihak sekolah terus buat report kalau bnd2 macam ni jadi..gerenti mat2 rempit wannabe,punk wannabe, skinhead wannabe ni sume kecut telor nak cari pasal.Pihak sekolah xpayah la nk pikir sangat nama sekolah busuk ke ape kejadah ke. Yang penting keharmonian sekolah tu.

Biasa kita dengar cikgu biasa yang kena pukul kan and as the result budak yg pukul cikgu tu di maafkan dan diorg xamik tindakan undang2. Cuba kalau guru besar yang kene tepuk dgn pelajar... mau kes dlm skelip mata jadi kes polis.

haish....macam la sekarang ni. dah la gubal peraturan xbagi cikgu pukul pelajar.tapi bile pelajar pukul cikgu amik mudah. kalau iye pon nak jaga nama baik sekolah, berpada2 la...jangan la cikgu sendiri takut kat pelajar..tu dah terbalik..patutnye pelajar yg kn hormat dan takut kat ckgu.
kpd rempit wannabe,punk wannabe,skinhead wanabe, ape kejadah wannabe lagi, korg ni agak2 la..nak samseng pon skolah bkn tmpt nye..korg jgn ingt ckgu2 ni tkot dgn korg..jangan sampai aku selak2 paper jumpa headline tulis "rempit wannabe retak tempurung kepala di "tomoi" guru".kalau yg tu aku jumpa...mmg tepuk tangan je aku...hahaha..ok lah...aku malas nk hentam isu ni lagi..baik aku cari isu lain.nnt rempit2 wannabe,punk wannabe sgala ni hentam aku lak..hahahahahaha

2 comments:

  1. sebab si ckgu2 mulut celupah sbb tu pelajar tu tumbuk hidung dia itu dah nasib baik kalau tetelan gigi macam mana . mungkin si pelajar tu tak bersalah sbb tu dia di maafkan si ckgu2 dapat lah apa yang dia tak pernah dapat kesian

    ReplyDelete
  2. hahaha..xde la..kdg2 pelajar ni kurang ajasgt..ckgu on tkot klu die x maafkan..lg mcm2 dak2 nibuat..

    ReplyDelete