Friday 8 April 2011

Highland Tower,Hantu dan POLIS!!

pertengahn thon lpas.aku dgn kwn2 plan nk jlan2..boring dah asik lepakmamak..so aku seges la nk g  mancing.. mmg dah nak gerak dah neh.. last minute tukar plan pulak.. jalan-jalan cari hantu-kak-limah-balik-rumah.. hahaha "amacam anda berani la sangat kan??" kah kah kah

member gua pon sages la SILENT HILL.. aku berfikir panjang gak.. kat mana silent hill neh.. sekali rupanya dia nak cakap Highland Tower.. berdekah jugak la yang mentertawakannya.. hahaha  aku rasa mungkin dia ada search pasal tempat tu yang memang dekat dengan HillView... 

lewat jugak kami semua gerak.. dalam kul 12 malam dari Bangi.. 2kereta dan 9peserta.. tapi tak pergi Highland Tower terus.. kami pergi Danau Kota dulu.. layan usha-usha barang dulu sedaih dua.. layan karoke open kat depan Shell tu.. serius ada bapok sekor kat situ.. dah la lawa ke?.. nyanyi lagu dangdut plak tu... kah kah kah.. dah puas jalan-ronda-pijak-selipar-orang-usha-barang-tapi-tak-beli-pon.. kami pon gerak la pergi lepak makan pulak.. pakat isi perut pa sume dulu.. dok tanya gak sapa yang lemah semangat ka apa ka.. dah kelia suma.. kami terus gerak la.. tunggu pa lagi.. kah  kah kah

sesampai ja kat sana.. jeng! jeng! jeng!.. serius seram gila.. ada lagi 2 block yang di biarkan rupanya.. dah la jalan mati.. gua yang naik kereta depan memang berhenti betul-betul depan block kosong tu.. sebelah kanan gua ada rumah kosong.. sebelah kiri gua ada rumah yang ada penghuni gamaknya.. sebab gua lihat lampu terpasang ja.. tak siapa berani turun dari kereta sebenarnya.. tapi memang dari dalam kereta pon gua jelas dapat lihat bangunan tu.. ditambahkan pula dengan cahaya bulan yang mengambang penuh.. 

tiba-tiba, driver kereta yang gua naik neh.. ternampk sesuatu kat cermin-pandang-belakang.. seperti kelipan yang samar-samar.. gua tak takot sebenarnya.. tapi entah kenapa gua tak berani nak pandang belakang.. member gua pon terus cepat-cepat reverse kereta.. namun hanya kereta yang berada di belakang kereta yang gua naiki ja sempat melarikan diri.. serius "benda tu" dah ada belakang kereta kami.. dia menghalang laluan dan member gua pon tak mampu berbuat apa-apa lg..

tiba-tiba lagi.. kami berlima di kejutkan dengan ketukan dari cermin kereta..

tookk..tookk..tokkk (bunyi cermin di ketuk)
"hampa buat apa kat sini neh?? hampa taw dak neh tempat apa" cakap seorang anggota POLIS dengan loghat kedahnya..
member gua pon membalas "tak da pa aih.. kami saja mai nk tgk kot-kot ada hantu ka dak kat sini, tp mmg tak da noe.. rasanya sume lari p Batu Caves pa kot noe.."
"dah-dah hampa jangan dok buat loqlaq,, bagi IC semua.. aku kena rekodkan maklumat hampa semua.."kata polis muda yang perasan hebat..

kat 10minit gak la lepak situ.. tunggu dia nak rekod data kami semua.. yang lawaknya.. masa mula-mula smpai semua pakat takot nak keluar.. last-last, kelima-lima dok luar gak... puas menyaksikan hantu bersama anggota polis.. kah kah kah haram tak seram langsung.. dah setel semua.. kami cepat-cepat la berambus.. mmg seram gak la.. lepak tempat-tempat yang mmg bukan untuk melepak.. kah kah kah

sebelum kami tamatkan aktiviti mencari hantu kak limah neh.. kami pergi jalan-jalan lagi.. jalan-jalan di Bukit Tungku.. kawasan ini memang tak seram sebenarnya.. tapi kami macam teruja melihat senibina-rekacipta-ubahsuai-struktur-rumah-gila-gila.. serius teruja.. rumah dah macam cerita melayu zaman gua darjah 2 dulu.. rumah dalam hutan atas bukit.. seram bagi gua.. kalo gua kena tinggal kat rumah macam tu sorg-sorg.. kah kah kah...


nah layan la gambar-gambar Highland tower neh.

No comments:

Post a Comment