Monday 20 June 2011

Fakta Menarik Mengenai PORNOGRAFI



Haaha..amacam tajuk???? Meremang bulu hidung tak????

Cepat jer korang bagi respond kan kalau bab bab porno mahupun seks …lagi-lagi ujang yg otak kuning…entry ni hanya untuk org dewasa macam aku jer…yg bawah umur macam Mr. Kodet dan Syedgraphix ko jangan nak gata-gatal terlebih excited pulak nak baca….

Ok fakta ni sekadar pengetahuan am jer…tak bermaksud nak meluncass ke apa….jom layanzzz….

1. pengguna internet mengakses laman web pornografi ialah waktu kerja antara pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Mentang-mentang la internet kat opis laju kan…memang syok la layan…secara jujurnya aku pun pernah wak benda ni di opis aku dulu…hahah..kantoi…



2. 12% dari laman web terdapat di dalam dunia internet berunsurkan pornografi. yg penting blog aku tak der pasal ni ek…so korang jangan nak gatal tangan cari benda tu dalam ni….



3. 25% bahan dicari menggunakan laman web pencariaan ( search engine ) berunsurkan pornografi…SEO tu beb..keyword panas tuuuu….



4. di setiap saat, pengguna internet seluruh dunia hampir membelanjakan sebanyak $89.00 untuk mengakses pornografi…perghhh……banyak giler…..



5. pengakses pornografi di dunia 72% lelaki dan 28% wanita….biasalahkan nama lagi lelaki….benda macam ni memang makanan golongan lelaki….



6. perkataan “sex” adalah perkataan paling banyak dicari di laman-laman web pencariaan (search engine ) SEO lagi….sapa nak main SEO banyak kan entry berunsur sex yer…



7. boleh dianggarkan 266 laman web pornografi baru muncul setiap hari….wow!! banyak giler….aku tau red tube jer….yg lain haram….(korang caya tak)



8. kebanyakkan laman web pornografi di internet dicipta oleh 3% orang united kingdom, 4% warga jerman dan 89% ialah warga amerika syarikat….agak-agak warga malaysia berapa % ek???



macam-macam kan tapi ni la realiti nya….hmm..sumber dari goodmagazine.com

ps: kalau nak cari gambar pasal sex, porno mesti akan jumpa gambar maria ozawa….sapa dia ni?? popular ker??? asal aku tak kenal???

10 Fakta Menarik Mengenai Coca Cola



" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang
dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta
laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.




Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan
dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya
apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah
mereka guna?





Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :




1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang
berniaga sup tulang!




2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?




3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang!




4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.





5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.




6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air
basuhan tadi berperisa coke.




7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam
jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!




8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi
mesti suka ni!




Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.




Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[
bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan
tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori
tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori
tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus
2 sebab hakisan/karat.




9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat
overhaul ni!




10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try
bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti
termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula
dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut
akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa
air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.
Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi.
7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan
Keluarga 69.




Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah
ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan
CocaCola tu.




Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,
kot-kot gigi tu bleh hilang!




Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama
jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.




DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh
serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun
seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah
Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?
Cubalah!







Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang
sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur
serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency
jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas
anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass
sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains
kimia ni kat rumah.

Wednesday 15 June 2011

Penghinaan Islam Di Facebook Oleh Danny Daniel


1- Lagi penghinaan terhadap Islam menerusi laman sosial facebook... Nabi Muhammad SAW di hina lagi (sila lihat gambar print screen diatas)... Kali ini, dilakukan oleh pemegang ID yang menamakan dirinya sebagai Danny Daniel...

2- Ini bukan lah kali pertama kejadian seperti ini berlaku di facebook... Sebelum ini pun sudah ada remaja yang menghina Islam dan Nabi Muhammad,

3- Dimanakah Hishamudin Keris?? Tidak mahukah beliau meng-ISA kan mereka yang biadap ini???

4- Dimana pula garangnya abang gagah PERKASA yang sanggup memulakan perang salib di Malaysia ini??? Dimana pula kelibat pakcik berjanggut dan berkopiah puteh yang seringkali menjadi wira agama Islam?? Dimana pula suara angkuhtan muda keadilan yang mahir didalam bab qazaf dan hukum hakam Islam???

5- Semuanya tidur dan sibuk dengan politik masing2... Sedangkan makin hari makin ramai orang yang berani mempersendakan Islam...

bukan aku nak cakap aku ni baik ke ape tetibe masukkan pasaldak ni dlm entry aku..dak ni pon ada dlm friend list aku..
aku taw korg msti nak taw sape die ni kan..aku x boleh nk cite banyak..kang aku sndri kedalam..die ni anak sorg vvvvip tu..so mmg xjadi ape la pon walaupon da kua kat paper...
die ni pandai..kjap2 die akn deactivate acc die..pastu die active balik..hai...cerdik sungguh dak2 skrg..tapi nak buat cane..
sejahat2 aku..xde la smpai aku nk usik bab agama..dosa yg skrg ni po xtertanggung..ni kan pulak ko nk burukkan tuhan...nauzubillah...
ape yg aku boleh cakap..semoga Allah bukak kan pintu ati die..Aminnn




Tuesday 14 June 2011

Setinggan Anjing Di Brazil


CAXIAS DO SUL - Sebuah kawasan setinggan di sini, selatan Brazil, memiliki sebanyak 1,600 buah rumah anjing dibina untuk komuniti haiwan tersebut, lapor sebuah akhbar semalam

Rumah-rumah anjing tersebut dibina daripada kayu dan zink oleh sebuah pertubuhan amal, So Ama.

Anjing-anjing liar yang ditangkap, diikat pada rumah anjing yang dibina pada jarak yang rapat di kawasan seluas satu hektar.

Sukarelawan So Ama bergilir-gilir menjaga dan memberi haiwan tersebut makan.

"Kami memulakan projek ini kerana mahu melakukan perubahan tetapi ia menjadi semakin besar dan ini sahaja yang mampu kami lakukan," kata ketua pemasaran organisasi berkenaan, Natasha Oselame.

Menurutnya, pihaknya terpaksa bergantung kepada derma orang ramai kerana geran AS$14,000 (RM42,595) yang diberikan pentadbiran tempatan setiap bulan tidak mencukupi untuk membiayai aktiviti it.

Monday 13 June 2011

Kemeraan Si Kucing Dan Si Tikus

Jarang kita lihat kucing berbaik dengan tikus kan?Kucing memang pantang tengok tikus, jumpa je terus kejar. Tapi dalam kes ni, lain pula jadinya. Sikucing yang comel ni bersahabat karib dengan si tikus.Seolah-oleah,si kucing ni dah anggap tikus tu macam anak kandung ia sendiri.




Pulau Kucing Di Jepun

Sebuah pulau kucing dinamakan sebagai Pulau Tashirojima di Jepun. Pulau ni terletak berdekatan dengan Bandar Ishinomaki, Jepun. Pulau Tashirojima lebih dikenali sebagai pulau kucing kerana populasi kucing adalah lebih besar berbanding jumlah manusia yang tinggal dipulau tersebut.






Wednesday 8 June 2011

Macam-Macam

ha..kali ni malas nk tulis panjang2..kita tgk ni kepelikan manusia yg macam2..hahaha..zassss


ha..yg ni xpayah cite la..klu aku nmpk kt dlm toilet llki pon aku julur pale tgk..hahaha..meletopsss uolsss..uolss mampu??hahhaa


yg ni mmg freak occcaaayy...ha...klu betul la si najib nak naik hrge minyak nnt..jgn tkjot klu tgk pak mail ke...makcik eton tgh terkangkang2 pancut kencing diorg dlm tank minyak..hahahha


maik aiii..bosa bonar mulut ekau kiah..hahaha..tu ha..kek lobang idong serupo lobang ekzos kete aku muat masok lg 2 bijik...stylo..hahaa


pergh..stakat korg pierce kat hidong 3 4..ni ha..boleh ko lawan mak cik eton ni pny pierce..x leh lawan der..champiooooonn punye...


uols mampu??? hahhaha...ko da boleh buat show kat lq da ni weh..stylo sgt2...hahaha


ha...amik ko..tetek fasha sandha pon xbesar ni..hahahhahaha...BESSSSAAAARRR punye...taste sgt..hahahhahaha


ha..ni lg sorg..kan da ckp..main jgn pancut dalam..kan da terbuntang perut ko tu...hahahahha


perghhh..kalo mcm ni pny pierce.mmg terberak aku...ade brani der??


ha..aku bg petua kalau nk buat mata camni..ada 2 petua..1st...masa berak keras..korg teran taik tu kuat sambil bkak mata bsar2..2nd..masa nk bersin jgn ttop mata..tp sume atas tnggong jawab sndri..klu ade yg bising mata terjojol kelua ke ape ke..teman tok tau ye..hahaha


pergh...aku nk dpt sixpax pon xdpt2 ni berpax2...smpai nk terburai pax ko dah aku tgk..ni kalau msok LQ..buntang mata hadek2 tgk ni..hahhaha..taste sgt..hahahhahahah


ha...mak cik senah kita nidie adesakit otak sikit,,die anggp diri die tu kucing..so die g tatoo n buat pmbdhan plastik utk jd kucing...tp terpikir gak..die kncing angkt sblah kaki ke x..masa berak die menran mcm kucing ke x... ??? huhu

Saturday 28 May 2011

Crop Circle..Misteri YangTidak Terungkap...


Crop circle..mungkin ada di antara kita yan pernah dengar pasal crop circle ni..dan mungin ada antara kita yang x tahu ape kebende tah crop circle ni kan..

Crop circle membawa maksud pola atau corak yang membentuk lingkaran secara misteri di ladang tanaman. Fenomena ni da lama wujud dah..dulu bile je jadi kes macam ni..dior cakap ada hantu yang menuai atau ambil tanaman kat tempat diorg tu..

Tapi semenjak wujudnya cerealogist,iaitu mereka2 yang mempelajari fenomena ni..persepsi yang hantu dtg menuai kat ladang diorg tu berubah..sekarang ni diorg cakap UFO mendarat n tinggalkan kesan kat ladang2 tu..tapi sampai sekarang teori ni terus jadi teori tanpa sebarang bukti..




Banyak kes crop circle yang dilapor kan berlaku di seluruh dunia..paling banyak dilaporkan kat England dgn Hawaii.

Nak cakap bende ni buatan org mmg mustahil..sebabnye..bnd ni terjadi hanya dlm satu malam..n keluasan crop circle yang jadi berkilometer jauh nye..baru2 ni kat indonesia heboh bile sorg pesawah ni tgk ada crop circle (indon sebot KEROP CHERKEL..hahahahaa) kat sawah die..ni ha gambor nye yoebbbb...




Tapi ape aku nak cakap..xkesah la bnd ni sbb hantu menuai kat ladang ke..UFO mendarat ke..ape yang penting benda ni terus menjadi misteri yang mmg belum terungkap sampai NASA pon cakap no komen utk fenomena ni..xpe la..ape pon..kita kn percaya tuhan tu maha berkuasa..semua ni bukti kekuasaanNYA.

Saturday 21 May 2011

Laluan Puaka..pengalaman oleh Hazwan Kaer

Mungkin ramai di antara kita yg banyak dengar laluan puaka..contohnya lebuhraya karak..laluan bengkang bengkok Genting Highland dan mcm2 lagi..tapi pernah x kita tau pasal laluan Puncak Alam yang dimana jalan lama ni terletak betul di antara dua buah bukit..iaitu bukit cerakah...bagi pemandu2 lori dan mereka yang tinggal di kawasan berhampiran mungkin dah lali dgn gangguan2 kat jalan ni..so..aku x nk ckp byk2 lagi..ikot je kisah kat ni...



Lewat malam itu..kelihatan sebuah myvi putih yang dipacu Hazwan kaer meluncur perlahan merentasi jalan puncak alam...jam pada dashboard telah menunjukkan 11.45 malam..malam itu agak suram tanpa bintang2 di langit dan hanya beberapa buah kereta melintas laju di haluan yg bertentangan..

tapi itu semua sudah biasa bg hazwan yang kerap menggunakan laluan itu utk ke rumah teman nya..jalan yang beralun dan juga lubang di sana sini menyebab kan hazwan terpaksa memandu dgn perlahat sambil menajamkan anak matanya ke permukaan jalan...semua nya berjalan lancar sehinggalah di suatu selekoh..anak matanya terpaku melihat seperti susuk tubuh manusia terbaring di atas permukaan jalan x jauh dari padanya..jantungnya mula bedegup kencang..susuk tubuh itu sperti bergolek kekiri dan kekanan seolah2 mehalang perjalanan hazwan..mulut hazwan ketika itu sudah mula terkumat kamit membaca ayat2 suci yang terlintas difikirannya..peluh jantan mula membasahi dahi..tangan nya mula menggeletar..

hazwan semakin hampir dengan susuk tubuh itu..hazwan bertambah takut..pedal minyak semakin kuat di tekan dan keretanya semakin laju meluncur ke arah susukj tubuh yang bergolek ke kiri dan kekanan..hazwan tekad utk melanggar susuk tubuh itu..dia semakin dekat..dan sekat..dan dekat...praaaaaapppp..kedengarap seperti sesuatu digilis! hazwan mula cemas..dalam fikiran nya mungkin dia telah melanggar seseorang yang telah mengalami kemalangan..dengan pantas pedal brake ditekan..keretanya di hentikan dgn serta merta..keheningan jalan itu di kejutkan dengan jeritan tayar kereta hazwan yang kuat mencengkam permukaan jalan...

dan pantas hazwan keluar dari kereta dan berlari kearah susuk tubuh yang kelihatan kaku di atas permukaan jalan..darah kelihatan penuh di atas jalan..bau hamis darah mula menyelubungi kawasan itu..hazwan berlari dgn pantas kearah susuk tubuh itu..kelihatan seorang perempuan tua..berpakaian labuh putih..telah putus sebahagian badannya kaku di hadapan hazwan..hazwan yang cemas cuba menarik tubuh perempuan tua itu ke tepi jalan..dia mengenggam tangan perempuan itu dan menarik nya ketepi jalan..sedang dia berusaha menarik perempuan tua itu..dgn tiba die merasakan tangan perempuan tua itu mengenggam kembali tangan nya...hazwan merasa kan itu semua hanya lah khaylannya..

tapi genggaman tangan itu semakin erat..dan erat sehingga hazwan cuba melepaskan genggamnya tapi alangkah terkejut nya dia apabila dgn tiba2 perempuan tua itu memalingkan muka nya yg penuh dengan darah..matanya yang putih..dan berkata.. "nak..xnak tarik nenek lagi..tarik lah lagi..anak yang langgar nenek kan" kata2 itu disusuli dengan hilaian yang menyeramkan..




sekuat hati hazwan menarik tangan nya lantas meninggalkan tubuh wanita itu dan berlari kearah keretanya..hazwan berlari bagaikan lipas kudung..tanpa menoleh ke arah kebelakang..hazwan terus memasuki keretanya..dalam kelam kabut dia cuba utk menghidupkan kereta nya..tapi kereta nya seperti tidak dapat dihidupkan..hazwan cemakin cemas apabila melihat cermin pandang belakangnya..kelihatan susuk wanita tua itu terjengket2 ke arah kereta nya..dia cuba membaca ayat2 suci al quran..tetapi lidah nya kelu tatkala melihat perempuan tua tersebut berada betul2 di sebelah tingkap pemandu..dgn mata nya yg terbojol keluar serta darah yang memnuhi muka.. hazwan terus menutup matanya..seketika kemudian..hazwan kembali membuka mata nya..kali ini tiada lagi lembaga perempuan tua itu di tingkap nya..suasana kembali sunyi tanpa hilaian mengerikan..hazwan lantas cuba menghidupkan keretanya dan kali ini berjaya..hazwan mamcu laju keretanya meninggalkan kawasan tersebut..beberapa minit kemudian..hazwan terdengan esakan tangisan dari kerusi penumpang di belakang..perlahan2 hazwan menjeling kearah cermin pandang belakang nya..ternyata perempuan tua itu sedang mencangkung di tempat duduk penumpang belakang sambil menjelir2 kan lidah nya yg sgt panjang...bau hamis darah memenuhi ruang kereta nya..kali ini hazwan mula merasakan nafas perempuan tua itu berada betul2 di sebelah telinganya menandakan lembaga itu beada betul2 di tepi nya..kali ini hazwan tidak dapat melawan rasa takutnya..die hilang kawalan dan keretanya dihentikan di kawasan semak..hazwan berlari keluar dari kereta dan berlari jauh dari keretanya..mujurlah kelihatan sebuah kereta peronda sedang memacu perlahan diarah bertentangan terlihat kelakuan hazwan yang bagaikan emak mati anak di tepi jalan memberhentikan kereta dan meluru mendapatkan nya..




'adik..adik..kenapa menangis jerit2 kat tempat macam ni dik..tempat ni xelok dik" kata polis tersebut.." hantu bang..hantu...tu kat dalam kereta ada hantu...takut bang..takut..." balas hazwan dgn nada ketakutan.."adik..mengucap dik..mengucap banyak2..tu kawan abg tgh periksa kereta adik..xde sape dalam tu dik..perasaan adik je ni.." hazwan terus cuba meyakin kan polis tersebut"betul bang..tadi saya xsengaja terlanggar perempuan tua tu bang..saya cuba angkat die ltak tepi jalan..tapi die bukan orang bang...hantu..." polis tersebut dgn nada terkejut bertanya... "errr...adik..perempuan tua tu pakai baju labuh putih ke? kaki die hampir putus???" hazwan terus membalas.. "ye bang..kaki die hampir putus bang..saya yg gilis dia..saya x sengaja bang..saya betul2 x sengaja.." lantas polis tersebut berkata.. " adik...sebenarnya semalam..ada berlaku kemalangan kat dpn tu..ade sorang makcik ni kena langgar lari..kaki die putus..tapi dari semalam pihak kami cuba mencari kaki tu..tapi masih x di jumpai..mungkin dah di bawa lari haiwan liar kat kawasan ni.." tiba2 seorang lagi anggota polis dari arah kereta polis datang dan mengajak mereka beredar dari kawasan tersebut kerana dia merasakan tidak sedap hati berada di situ...

sejak dari itu..hazwan sudah tidak berani menggunakan jalan tersebut..igauan wanita tua bermata putih..muka dipenuhi darah terus mengantui mimpi2 nya...

apa yang aku nak sampai kan kat sini..kita ni makhluk tuhan..kita berkongsi alam ni dgn makluk2 yang lain..anggap lah semua ini permainan syaitan utk menakut kan cucu cicit adam..kpd Hazwan Kaer..hati2..dan jangan pandang blakang...hihihihihi (buat2 sore hantu) hahahahahhahaa...

Saturday 14 May 2011

This Is For U Faggot!!!

its been awhile i didn't open this blog..
sowie la..bz ckit dgn kebodohan diri sndri..ckp pasal bodoh ni..aku nk cite skit la...ape2 awal2 aku nk ckp aku ni mmg bodoh la..xdinafikan..

tapi aku pelik tau org yg bodoh..yang 2x5 macam aku..ada hati nak nasihat..weh.. ko ubah diri ko dlu sblom ko nak nasihat aku..ko cermin diri ko dlu sblm nk ckp aku..aku pduli ape ko sape..ko dari mana..n ko keje ape..hahaha..mati la weh..ape aku k ckp kat ko..go n fuck da wall la faggot..assjacker u motherfucker..

hahaha..aku malas nk ckp byk pasal k..ko pon penah ajak aku balik uma ko kan..adeh..dah la weh..nasihat org konon..diri sndri xterjaga..ko ingt aku xtaw pasal ko?eh sudah la..org sume taw pasal ko la..xpayah la nk nasihat org dgn kata2 ko yg macam pak kaduk nasihat pak pandir tu..



malas aku nk tulis pasal ko dah..satu je aku nk ulang...go n fuck da wall la faggot..assjacker u motherfucker..

Monday 2 May 2011

Siapa Tumpang Teksi Aku Ni...




Kisah ini bukan terjadi kepada saya tetapi kepada kenalan saya yang dah saya anggap macam ahli keluarga sendiri. Kisah ini terjadi dua tahun yang lalu dan isteri sayalah yang menceritakannya pada saya. Untuk mendapatkan kepastian, saya bertanya sendiri kepada tuan punya badan, iaitu kenalan rapat kami yang bernama Bart dan beliau telah mengesahkannya.
Begini perbualan kami:

“Bart, aku dengar kau sakit, demam hari tu, kenapa?"

“Sakit sikit je...” jawabnya ringkas.

Tak puas hati, saya pun bertanya lagi, “Umm… sikit? Macamana boleh demam ni? Lain macam je ni..."

“Memang... Demam pasal hari tulah…”

Tanya saya lagi, “Hari tu? Hari apa pulak sampai kau boleh demam ni? Isteri aku cakap kau tersampuk… Betul ke ni?”

Bart berkata, “Ni lagi teruk dari tersampuk..." lalu Bart bercerita dan inilah ceritanya...

“Aku pandu teksi sampai malam, macam selalu. Hari tu pulak aku pandu dekat kawasan Bedok Reservoir yang dekat dengan pasaraya Sheng Siong. Masa tu dah dekat pukul 11:30 malam. Tengah pandu, ada seorang perempuan muda tahan teksi aku..."

Saya pun bertanya, “Perempuan muda? Melayu ke Cina?"

Bart menjawab, “Aku agak dalam awal 20an tahun. Kulit dia cerah, sekali imbas macam orang Melayu tapi aku tak berapa cam muka dia pasal kawasan situ gelap sikit...”

Bart pun sambung ceritanya, “Aku pun berhentikan teksi, turunkan tingkap pintu depan (penumpang) dan bertanya, 'Where to, miss?' Perempuan yu tak menjawab tapi buka pintu belakang teksi dan terus duduk, kepala tersandar dekat cermin pintu. Aku pun naikkan tingkap pintu depan (penumpang) dan tanya sekali lagi, 'Where do you want me to send you?” Perempuan tu menjawab dengan suara yang lemah lembut. 'Abang tolong hantarkan saya ke Sengkang...'

Bart berkata pada saya, “Macam selalu, aku suka berborak dengan penumpang, tak kira bangsa jadi pandu teksi tak bosan. Kau tau Min, bayangkan budak muda, suara lemah lembut, orang Melayu, dapat berbual lagi. Tak syok ke?"

Saya mencelah, “Itu yang kau mula layan tu..." Bart sambung, “Aku layan berbual aje… Banyaklah yang kita perbualkan. Sampailah dekat Tampines tu, yang dekat dengan Politeknik Temasek tu, tiba-tiba ada motorsikal pintas teksi aku...”

Saya sampuk lagi, “Habis tu... Kau langgar motor tu?”

Bart menjawab, “Tak lah... Tapi aku pun apalagi, membebel pasal bahayanya menunggang motor macam tu. Perempuan tu cakap, dia pun naik motor tapi tumpang aje, tunang dia yang bawak motor tu... Aku pun nasihatkan dialah bahayanya naik motor ini lebih-lebih lagi darah muda, selalu nak bawak laju aje. Lagipun motor ni tak ada perlindungan, kalau kemalangan pasti teruk punya kes... Perempuan tu diam aje tak bersuara… sampailah dekat dengan satu lampu trafik, kau tau apa dia cakap Min? Ada ke dia cakap macam ni:

'Kat sini lah saya kemalangan...'

Bart menjawab pada perempuan itu: “Kemalangan??? Dengan tunang awak? Bila...?"

Perempuan itu bersuara dengan sayu, “Dengan tunang… Baru-baru ni... Dia hantar balik rumah pat Sengkang..."

Bart berkata sambil memandang cermin kereta, “Habis tu macam mana? Tak apa-apa? Dah buat laporan?”

Perempuan itu berkata dengan nada yang sedih dan sayu, “DUA-DUA HABIS…”
Bart kata dia terus terdiam… Tak berani hendak memandang cermin kereta. Badan dah rasa lain macam dan tertanya dalam hati, “Kalau DUA-DUA HABIS…M aknanya MATI... Habis tu siapa si perempuan kat belakang ni…???" Perasaan takut sudah mula terasa... Seram sejuk satu badan. Bart meneruskan perjalanan memandu ke arah Sengkang. Keluar dari lebuhraya TPE membelok ke Sengkang, Bart menghentikan teksinya di satu simpang.

Dia terus keluar dari teksi dan membuka pintu belakang teksinya… Ternyata tidak ada seorang penumpang pun di tempat duduk belakang, yang ada cuma bau kapur barus. Bart tidak mempunyai cara lain melainkan bertawakal dan memandu teksinya terus ke rumah.

Kau Yang Panggil Aku Kan Tadi...


Begini kisahnya... Setahun yang lalu saya bosan duduk di rumah jadi saya pun keluar pergi ke Blok Balau. Jarak rumah saya hendak ke sana lebih kurang dua batu. Jadi saya pun suruhlah kawan-kawan saya berjumpa saya di Taman Balau.

Setibanya di sana, kawan-kawan saya kata duduk di taman dulu rehat-rehat. Jam sudah dekat pukul dua pagi ketika itu. Selepas tiga puluh minit berlalu, apa yang berlaku selepas itu, orang dulu kata kalau terdengar bunyi burung WAK WAK, itu bermakna ada kakak cantik dah nak dekat. Saya pula tertegur dan berkata, "Eh korang dengar tak bunyi burung apa itu. Itu kan burung WAK WAK. Atuk aku cakap kalau terdengar bunyi burung itu, bermakna pontianak dah dekat!" Kawan-kawan saya pun cakap, "AH MEREPEK LAH KAU INI..."

Selepas lima minit saya menegur itu, saya ternampak ada kain putih terbang dari bumbung masjid hingga pokok, terus hilang. Masjid itu depan saya, lebih kurang 300 meter jaraknya. Saya pun cakap dengan kawan-kawan saya supaya cepat-cepat beredar sebelum benda itu datang sini.

Dipendekkan cerita, kami semua lari lepak dekat kolong blok saya menghadap sebuah pokok pisang. Nak tahu? Kakak cantik itu dekat belakang pokok pisang saja. Saya terdiam dari perbualan. Kawan-kawan saya tanya, "Kenapa kau diam Chot?" Saya cakap tak ada apa-apa tapi kawan-kawan saya dah dapat tahu sebab muka saya pucat semacam. Selepas saya nampak si kakak cantik itu, lebih kurang sepuluh minit kemudian, anjing menyalak tak henti-henti. Saya cakap, "Lebih baik kita baliklah. Aku tak sedap hati..."

Tiba-tiba terdengar suara orang berkata, "ENGKAU TAKUT KE? TADI BUKAN KAU YANG PANGGIL AKU KE?" Saya terkejut, kami pun apa lagi, lintang-pukang lari. Kawan-kawan saya semua balik rumah, tinggal saya sahaja. Semasa saya nak balik rumah, saya terdengar lagi bunyi orang bersuara tapi tak berapa jelas. Anjing dari senyap terus menyalak sekuat-kuatnya. Saya baca Ayat Kursi dan terus berlari sampai ke rumah. Sampai saja saya di rumah, bapa saya marah saya sebab membawa benda itu masuk ke rumah tanpa izin. Bapa saya ini boleh dapat merasakan kehadiran makhluk2 halus ini.

Bapa saya terus memberikan saya air yang telah dibacakan ayat2 suci dan saya mandi dan terus tidur selepas itu.

Saturday 30 April 2011

Makhluk menyerupai sepupu temani Hazwan ...



HAZWAN memang tidak minat langsung untuk turut sama dengan kawan-kawan turun memancing sama ada di sungai, tasik lombong, kolam mahu pun di laut. Ceritalah apa pun mengenai keseronokan bertarung dengan ikan yang tersangkut di mata pancing atau bertarung dengan ikan bersaiz XL namun semua itu tidak langsung menarik minat Hazwan.

HAZWAN memang tidak minat langsung untuk turut sama dengan kawan-kawan turun memancing sama ada di sungai, tasik lombong, kolam mahu pun di laut. Ceritalah apa pun mengenai keseronokan bertarung dengan ikan yang tersangkut di mata pancing atau bertarung dengan ikan bersaiz XL namun semua itu tidak langsung menarik minat Hazwan.

Bagaimanapun beliau tetap mempunyai seorang kawan baik yang sentiasa bercerita mengenai hobi memancing. Setiap hujung minggu atau hari kelepasan am, Hazwan sering keseorangan kerana rakannya sentiasa keluar memancing.

Masa terus berlalu. Tetapi sejak kebelakangan dia sendiri rasa tercabar apabila sepupunya, Shakila pulang dari Amerika menunjuk minat memancing yang serius walau dalam keadaan berdepan dengan kesibukan dengan kerja dalam sebuah syarikat swasta.


Shakila ketika belajar di luar negara sering turun memancing dan bermalam di tengah laut bersama rakan pelajarnya. Menyedari adanya perasaan malu setelah beberapa kali dipelawa oleh Shakila, lalu beliau menyahut pelawaan Shakila kerana ingin membuktikan bahawa dia bukan seorang lelaki yang penakut untuk turun memancing.

Seminggu selepas itu, Hazwan sudah berada dalam kumpulan rakan pancingnya yang turun memancing di tasik lama di pedalaman hutan simpan Manong, Perak. Hazwan diajar oleh rakan yang lain mengenai teknik memancing yang betul dan kemudian meneruskan aktiviti dengan sendiri.

Ketika di hutan Simpan Manong, Hazwan terus memancing walaupun ramai rakannya sudah mula berehat dalam khemah kerana sudah lewat malam. Satu jam selepas itu keadaan sekeliling menjadi sepi tetapi Hazwan tidak merasa takut walaupun dia seorang saja yang masih memancing dengan ikan tidak seberapa yang dia dapat. Dalam keadaan sunyi dan sesekali angin lembut bertiup, Hazwan terkejut apabila muncul Shakila dengan tiba-tiba lalu menceritakan bahawa dia dengan dua rakan pancing yang lain sedang berada di hujung tasik sebelah hulu tetapi tidak berapa jauh dari khemah rakan Hazwan.

Shakila mempelawa Hazwan untuk berpindah ke lokasi berkenaan yang didakwa ada banyak ikan. Hazwan tanpa banyak bicara terus pergi mengikut sepupunya ke lokasi yang sudah dibanjiri oleh ramai pemancing dalam keadaan terang benderang dan sesetengah daripada mereka sedang bersuka ria sambil minum dan makan.

“Itu kawan-kawan Shaki. Mereka ke sini bukan saja nak memancing tapi mereka nak berseronok,” Shakila menerangkan pada Hazwan apabila dilihat Hazwan mula sangsi.

Hazwan diajar oleh Shakila cara memancing. Gadis itu memberikan sebungkus mata kail untuk diikat pada tali sebagai perambut. Selepas itu mereka mencuba lalu berhasil mendaratkan ikan yang bukan sedikit. Hazwan bagaikan lupa diri dan Shakila terus melayan hingga masa sudah begitu lama berlalu lalu mereka keletihan dan tertidur.

Esoknya, awal pagi sebelum terbit matahari perkhemahan rakan Hazwan menjadi gempar. Mereka mendapati Hazwan hilang dari khemah malah hilang dalam kawasan memancing di tepi tasik yang berdekatan. Mereka terus mencari dan akhirnya terjumpa Hazwan yang masih terlena di tepi tasik yang agak jauh sedikit dari perkhemahan mereka.




Hazwan dikejutkan tetapi dalam keadaan antara jaga dan tidur dia bertanya mengenai Shakila yang didakwa ada bersama memancing dengannya malam itu. Lantas dia turut menunjuk sebungkus mata pancing dan ikan yang dipancing bersama pada malam itu.

Memang dakwaannya terbukti dengan barang-barang yang masih ada bersamanya. Peristiwa itu tidak berkubur di situ saja kerana sekembalinya daripada memancing Hazwan terus ke rumah Shakila. Dia menceritakan apa yang berlaku.

Shakila terkejut kerana beliau ada di rumah pada malam berkenaan. Persoalannya - siapa yang yang bersama dengan Hazwan memancing di tasik pada malam itu? Bagaimana dengan mata pancing yang masih ada bersama Hazwan? Misteri ini tidak berjawab hingga hari ini tetapi nyata ada makhluk yang menyerupai Shakila menjadi teman memancing Hazwan sebagai membuktikan cabaran bahawa beliau tidak penakut untuk turun memancing.

Siapa Usung Jenazah Tengah Malam???

“SIAPA meninggal? Malam-malam mengusung jenazah kat jalan Batu 13.”
“Tak ada orang meninggal pun di situ. Batu 13 tu tempatnya keras.”

“SIAPA meninggal? Malam-malam mengusung jenazah kat jalan Batu 13.”

“Tak ada orang meninggal pun di situ. Batu 13 tu tempatnya keras.”

Bermula peristiwa itu maka dengan ini dipaparkan kisahnya untuk dikongsi bersama. Atau, paling tidak dapat mengisi khazanah misteri di kalangan kaki pancing yang sentiasa berdepan kisah aneh dan menakutkan.


Rombongan lima orang pemancing yang diketuai oleh seorang anak muda yang baru pulang dari Australia (memegang ijazah khazanah laut dalam) bernama Shafik Roslan, bercadang untuk turun memancing bersama rakan lamanya.

Tempat pilihan kali ini bukan di laut tetapi sebuah kolam lama yang ditinggalkan di pedalaman kawasan Orang Asli di Sungai Tahan (bukan nama sebenar).

Kolam ini bagaikan tasik kecil tetapi dalam dan dihuni spesies ikan tongsan dan toman bersaiz besar.

Perjalanan menuju ke lokasi berkenaan dengan menaiki sebuah van kepunyaan Zali yang dipandu sendiri olehnya.

Mereka meninggalkan Seremban tepat jam 10 malam dalam keadaan cuaca yang sangat baik.

Shafik berada di laut lebih lama dari di bilik kuliah ketika menuntut ilmu pelaut di Australia. Justeru, minatnya memancing sama ada di laut mahupun tasik tidak terkecuali.

Mereka melalui Batu 13. Jalannya kecil lagi sunyi. Perjalanan terpaksa diperlahankan kerana rombongan mengusung jenazah memenuhi separuh jalan tanpa sebarang lampu menyuluh jalan. Namun yang aneh, langkah mereka pantas bagaikan berlari.

Ketika singgah di sebuah pekan kecil, mereka berehat minum di warung seorang tua berkopiah putih.

Apabila ditanya mengenai jenazah yang diusung pada waktu malam di Batu 13, orang tua berkenaan bagaikan tahu apa yang berlaku.

Beliau menerangkan bahawa kawasan itu perkampungan orang bunian. Kalau tidak berhati-hati, sesiapa yang melaluinya ketika itu akan memilih jalan menuju gaung kerana mengelak rombongan mengusung jenazah dalam satu kumpulan yang ramai.

“Anak kena hati-hati kalau tiba di satu kawasan itu pada waktu malam. Tapi kalau boleh elak jangan melalui jalan itu selepas 12 tengah malam,” orang tua itu mengingatkan kumpulan berkenaan.

Menurut cerita Wak Anuar kepada halaman Misteri; yang turut sama dalam rombongan berkenaan terpaksa berdepan pelbagai halangan sebelum tiba di lokasi lewat tengah malam.

Halangan kedua, ular besar merintangi jalan sebelum tiba di kawasan pedalaman Orang Asli di Sungai Tahan.

Terhalang perjalanan hampir satu jam itu cukup menjejaskan semangat dan harapan anak muda yang baru pulang dari Australia itu yang pada mulanya begitu berkobar-kobar untuk turun memancing.

Mereka meneruskan perjalanan sebaik saja ular besar memberi laluan tetapi keadaan cuaca mula berubah. Langit yang sebelum itu dipenuhi bintang bertukar gelap pekat dengan sesekali bunga kilat bermain di dada langit.

Perjalanan diteruskan dengan hati-hati. Namun mereka terhalang lagi apabila sebatang pokok besar tumbang melintang jalan.

Serta-merta juga hujan mula turun berserta angin kencang bagaikan ribut.

Shafik tidak panik tetapi terus berdoa dengan suara yang terang: “Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu daripada sebarang keburukan.

Engkau tunjukkan jalan yang benar jika ada makhluk-Mu berniat jahat terhadap kami. Sesungguhnya kekuasaan-Mu lebih dari segala-galanya.”

Sejurus habis saja doa Shafik, pokok tumbang hilang serta merta dan mereka dapat meneruskan perjalanan.

Zali dan Wak Anuar sendiri turut hairan dengan doa yang dilafazkan oleh Shafik yang tidak terlintas langsung oleh semua rakan pancing bahawa kepada Allah harus diminta perlindungan dalam keadaan terdesak begitu.

Perkampungan Orang Asli masih jauh. Perjalanan bertambah sukar apabila hujan makin lebat. Dan, anehnya mereka sekali lagi terserempak dengan rombongan mengusung jenazah.




Kali ini rombongan lebih ramai dan menutup muka jalan. Shafik mengarahkan Zali memberhentikan van sambil membunyikan hon kereta beberapa kali dengan kuatnya.

Rombongan membawa jenazah serta-merta hilang. Sekali lagi mereka meneruskan perjalanan lalu berehat sebaik tiba di perkampungan Orang Asli dan terus bermalam.

Esoknya, mereka tidak meneruskan hasrat untuk ke tasik sebaliknya berpatah balik ke Seremban setelah petanda buruk dapat dirasakan menghalang setiap kali meneruskan hasrat ke tasik atau kolam lama di hujung kampung.

Shafik dapat menyelamatkan perjalanan mereka ketika terdesak, kata Wak Anuar menamatkan cerita misteri kumpulannya ketika berhasrat untuk memancing di kolam lama atau tasik.

Justeru, halangan begini harus dijadikan iktibar yang di sebaliknya mengukir misteri tersembunyi dan tentunya kepada Allah tempat kita berserah diri.

Tuesday 26 April 2011

Pontianak Mengintai

Peristiwa yang tak akan aku lupakan ialah semasa bekerja di sebuah syarikat pengiklanan swasta di Damansara Heights, Kuala Lumpur. Aku bekerja sebagai setiausaha kepada satu bos Mat Saleh dari New Zealand. Bos aku adalah seorang yang open minded, kuat bekerja dan bolehlah dikatakan tiap-tiap hari aku terpaksa balik lewat untuk menyiapkan tugasan yang berlambak-lambak. Paling lewat pun aku balik pukul 11.00 malam.

Besoknya seperti biasalah aku datang kerja. Sampai je kat ofis, bos interkom aku untuk masuk ke ofis dia. Dengan muka yang agak malas aku pun masuk dan mengucapkan "Good morning Sir".

"Morning, have a seat please," jawabnya dengan loghat pekatnya. Aku pun tanpa berlengah-lengah lagi pun memberitahunya serba sedikit jadualnya pada hari itu dan dia hanya mengangguk saja.

"Well, I hope you’re free today coz we’ve to stay back until late night again to finish this assignment. The client need it by tomorrow evening," katanya padaku dengan tegas.

Emmmm…. Macammana pun aku terpaksa buat jugak kerana takde sapa yang tau sangat pasal projek ni.

Aku dan bos sedaya upaya menyiapkan projek itu sehingga tak sedar jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Orang lain dah lamabalik dan tinggallah kami berdua kat ofis tu. Ruang pejabat kami agak luas dan dinding luarnya pula bercerminkan kaca di setiap pelusuk pejabat. Tengah bos aku berdiri di tepi tingkap untuk mencari failnya, tiba-tiba dia menjerit terperanjat sambil melihat ke arah luar tingkap.

"What’s that ugly thing doing there?" laungnya. Akupun berkejar kearahnya dan melihat apa yang ada di luar sana. Masya Allah, aku jadi terpegun melihat satu lembaga berambut panjang sedang merenung ke arah kami sambil mengilai-ngilai. Aku cuba bergerak tapi tak boleh, begitu juga bos aku. Lembaga itu menuju laju ke arah kami dengan muka yang sungguh menyeramkan dan tiba-tiba aku dapat satu kekuatan yang luar biasa lalu aku menarik bos aku menyorok di bawah meja. Kami mendengar bunyi asing yang amat menyeramkan sambil mengilai-ngilai. Aku lihat bos aku dah terkencing-kencing ketakutan dan mulutnya terus terkunci. Aku cuba melawan lembaga itu dengan surah kursi dan apa-apa lagi yang aku ingat. Lembaga seperti pontianak itu berterbangan di atas meja kami dan aku sempat melihat bajunya jarang berwarna hitam berbintik-bintik. Aku mengintai lagi dan melihat hantu itu cuba mencari kami tapi masih tak jumpa. Aku lihat semangat bos aku dah hilang dan mukanya dah terlampau pucat macam takde darah langsung.

Lebih kurang dalam 15 minit aku mengintai lagi ke atas meja. Aku tak nampak lembaga itu lagi lalu aku terus bangun untuk check kat mana dia pergi. Setelah semua ruang pejabat aku intai dan lembaga itu pun takde, aku terus pergi mendapatkan bos aku.



Aku lihat bos aku dah pengsan, akupun call guard kat tingkat bawah dan suruh datang ke pejabat aku di tingkap enam. Sampai je pak guard aku pun ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Pak guard yang berumur itu suruh aku ambilkan segelas air dan dia membaca sedikit ayat Quran dan merenjiskan kat muka bos aku. Bos aku tersedar dan melihat aku dan pak guard ada kat sebelah dia. Tiba-tiba dia menjerit-jerit seperti terkena histeria dan mengatakan "It’s a ghost ! I saw a ghost just now." Kami cuba mententeramkan dia hingga semangatnya pulih balik. Kemudian aku hantar dia balik ke rumahnya dengan menaiki teksi.

Besoknya, bos aku datang dengan pakaian yang agak simple dan terus menuju ke meja aku. Beliau memberitahu aku bahawa projek yang tergendala semalam akan di K.I.V. pada minggu depan. So, aku tak payah le lagi menyiapkannya secepat mungkin. beliau membisikkan pada aku supaya tidak menceritakan kejadian semalam pada staff yang lain. Tiba-tiba kami terdengar ada orang menjerit, "Ooi, sapa buang air kecik kat tempat aku hah!" aku memandang bos aku sambil tersenyum dan beliau pun macam paham je dan terus blah pegi cuti dengan kawannya selama seminggu.

Hati2 Bawak Kereta Tengah Malam


Ini pula adalah kisah benar. Mengenai mimpi memandu kereta pada waktu malam. Anda yang telah menonton filem Jangan Pandang Belakang pasti sedar wujudnya banyak babak saka atau hantu penuntut janji yang sentiasa mengekori botol atau kendi kecil daripada tembikar itu. Namun apa yang ingin diceritakan dalam entri ini ialah kisah lain.

Ini adalah kisah seorang kawan yang mahu ke Kuala Lumpur. Dia memandu kereta tersebut ke Kuala Lumpur bersama seorang temannya. Kereta itu kepunyaan temannya. Kawan mahu ke Kuala Lumpur, tetapi tidak sampai-sampai.

Peristiwa ini berlaku ketika tiba di suatu kawasan hutan. Jalan raya yang lengang dan sepi. Ketika itu kabus agak tebal. Malam sentiasa kebiruan dan kehijauan. Gelap.

Ketika sampai di suatu tempat. Enjin kereta mati. Kawan membuka tingkap separuh. Mahu biarkan angin malam yang segar masuk ke dalam. Temannya menyuruh kawan tutup tingkap itu.

"Nanti dia masuk! Tutup!"

"Apa yang masuk?"

"Benda tu!"

"Apa benda tu?!"

"Itu!!!" Teman menunjukkan jari ke tingkap sebelah kanan. Kawan dan teman menoleh ke sebelah tingkap. Nampak ada beberapa orang budak kecil bergigi tajam seperti duri. Dahi dan tulang hidungnya bercantum, melengkuk ke luar. Sambil menganga mulut, budak-budak kecil itu memandang garang ke dalam kereta dengan matanya yang bulat dan terjegil keluar. Mereka kelihatan sungguh berselera, memandang kawan dan teman seperti sedang memandang makanan.

"Tutup!!! Tutup!!!" Jerit temannya.

Kunci kereta dipulas. Enjin tak hidup-hidup. Budak-budak kecil itu menepuk cermin tingkap beberapa kali. Ada yang lebih ganas, memanjat badan kereta dan menjenguk di cermin hadapan.

"Haaahhh!!!" Sergah budak-budak kecil itu. "Haaahhh!!!"

"Haaahhh!!!"

Brrrr....! Brrooo.....! Broooo...! Burp...! Burpp! Brooooo! Brooooom....!!!

"Haaaaaahhh!!!" Sergah budak-budak kecil berhantu itu lagi.

Tiba-tiba enjin kereta hidup. Selamat! Dah... selamat.

"Haaaahaaaaaahhh!!!" Bertalu-talu mereka menyergah kawan dan temannya dari luar kereta.

"Haaahhh?!!" Kereta bergerak perlahan-lahan. Budak-budak kecil melompat turun seolah-olah tahu bahaya yang akan dihadapi jika terus berada di atas kereta itu.

Kawan dan temannya meneruskan perjalanan pada malam itu. Mereka pasti tidak akan melalui jalan itu lagi pada waktu malam.

Kerana Pentingkan Diri


Saya ini kaki merayap, kalau balik malam tak pernah melekat di rumah, mesti ada saja tempat nak saya tujui. Saya menunggang motor, jadi kadang2 balik lewat dari kerja bukan terus ke rumah, terus ke rumah teman main alat konsol Xbox atau balik sekejap, terus ke Johor Bahru untuk makan lewat malam dan kadang2 untuk menaikkan taraf motor. Saya pergi dengan teman-teman sekerja yang ada motor juga, jadi adalah teman. Selalunya pergi Johor atau ke rumah teman dan pulang taklah terkena gangguan atau ternampak benda2 halus.

Dah bertahun saya lakukan sebegini. Pada satu hari ni, mak saya orang yang adakala lembut adakala garang juga, menasihatkan saya, "Kau jangan balik lewat sangat macam ni, jam dah 4 pagi. Kau tahukan, anak saudara kau masih kecil. Mak takut 'dia' ikut kau, kau tak sedar, 'dia' ikut sampai dalam rumah macamana?" Saya ni tak nak buat mak risau jadi saya pun berkata, "Mak jangan risau, tak ada apa berlaku, Insya-Allah..." Tetapi keadaan saya yang kuat merayap malam2 semakin menjadi, taklah nakal nak mabuk2, berjudi atau sebagainya, tetapi sekadar hilangkan stres bekerja sehari suntuk.

Bila balik dari rumah teman setelah bermain alat konsol permainan Xbox, tak sedar dah jam 3 lebih pagi, jadi takut kena bebel, biasalah orang tua kuat bebel, kadang tu henti2. Nak elakkan dari dileter, saya balik bawa makanan buat mak. Malam tersebut, saya tertinggal telefon bimbit saya di pejabat, jadi beli saja makanan yang mak sukai. Tunggang motor terus menuju pulang. Apabila berhenti di salah satu simpang lampu trafik berdekatan dengan rumah, saya perasan kenapa ada seorang wanita ni, berbaju putih berdiri dari tadi, walaupun isyarat hijau dah dinyalakan untuk pejalan kaki menyeberang jalan? Saya tunggang motor, balik rumah tak ingat apa2.

Dalam perjalanan pulang dan dalam lif, saya terbau sesuatu yang wangi tapi saya cekalkan hati dan tak toleh apabila keluar dan menuju ke pintu rumah. Nasib baik mak sedang tidur. Saya terus mandi dan tidur. Malam itu, anak saudara saya melalak tak henti2. Setelah dibawa ke doktor pada hari esoknya, tak baik2 juga, hinggakan ayah membaca surah Yassin baru turun demamnya, tetapi saya ingatkan dah selesai. Malam lusanya dan seterusnya, bila saya balik lewat, saya termimpi kakak cantik datang mengganggu saya. Saya bangun tidur, dan dengan rasa berani, terus buka tingkap dalam keadaan marah sebab bukan sekali dua tetapi dah berkali2 mimpi yang sama. Saya sempat berkata, "Benda ni kalau aku nampak, aku sembur baru tahu..."

Sedang hisap rokok, tiba2 anak saudara saya kedengaran sedang berbual2 di luar. Saya pun rasa cemas, "Kenapa Afni belum tidur, dah jam 4 pagi..." Saya keluar dan terperanjat melihat Afni berbual dengan seseorang di ruang makan. Bila panggil tak dijawab, bila saya kejut mak dan ayah saya serta kedua abang dan kakak ipar. Mereka memanggil sama tapi Afni tak menyahut, diam tertunduk saja. Bila ayahnya sentuhnya, dia berkata "Jangan ganggu aku, pergi!!!" Matanya bengkak dan mukanya cengkung, seolah2 bukan Afni. Suaranya garau bukan suara anak kecil tapi suara wanita.

Malam itu membuat saya sedar perbuatan saya yang hanya mementingkan diri sendiri. Dengan tidak berlengah, saya mendukung Afni dan menyuruh abang saya hantar ke rumah pakcik kawan saya yang merupakan seorang ustaz di masjid berdekatan. Sejak itu saya tak nak cakap besar dan tak nak balik malam lagi, bukan saya yang kena tapi anak2 saudara saya yang diganggu...