Saturday 30 April 2011

Makhluk menyerupai sepupu temani Hazwan ...



HAZWAN memang tidak minat langsung untuk turut sama dengan kawan-kawan turun memancing sama ada di sungai, tasik lombong, kolam mahu pun di laut. Ceritalah apa pun mengenai keseronokan bertarung dengan ikan yang tersangkut di mata pancing atau bertarung dengan ikan bersaiz XL namun semua itu tidak langsung menarik minat Hazwan.

HAZWAN memang tidak minat langsung untuk turut sama dengan kawan-kawan turun memancing sama ada di sungai, tasik lombong, kolam mahu pun di laut. Ceritalah apa pun mengenai keseronokan bertarung dengan ikan yang tersangkut di mata pancing atau bertarung dengan ikan bersaiz XL namun semua itu tidak langsung menarik minat Hazwan.

Bagaimanapun beliau tetap mempunyai seorang kawan baik yang sentiasa bercerita mengenai hobi memancing. Setiap hujung minggu atau hari kelepasan am, Hazwan sering keseorangan kerana rakannya sentiasa keluar memancing.

Masa terus berlalu. Tetapi sejak kebelakangan dia sendiri rasa tercabar apabila sepupunya, Shakila pulang dari Amerika menunjuk minat memancing yang serius walau dalam keadaan berdepan dengan kesibukan dengan kerja dalam sebuah syarikat swasta.


Shakila ketika belajar di luar negara sering turun memancing dan bermalam di tengah laut bersama rakan pelajarnya. Menyedari adanya perasaan malu setelah beberapa kali dipelawa oleh Shakila, lalu beliau menyahut pelawaan Shakila kerana ingin membuktikan bahawa dia bukan seorang lelaki yang penakut untuk turun memancing.

Seminggu selepas itu, Hazwan sudah berada dalam kumpulan rakan pancingnya yang turun memancing di tasik lama di pedalaman hutan simpan Manong, Perak. Hazwan diajar oleh rakan yang lain mengenai teknik memancing yang betul dan kemudian meneruskan aktiviti dengan sendiri.

Ketika di hutan Simpan Manong, Hazwan terus memancing walaupun ramai rakannya sudah mula berehat dalam khemah kerana sudah lewat malam. Satu jam selepas itu keadaan sekeliling menjadi sepi tetapi Hazwan tidak merasa takut walaupun dia seorang saja yang masih memancing dengan ikan tidak seberapa yang dia dapat. Dalam keadaan sunyi dan sesekali angin lembut bertiup, Hazwan terkejut apabila muncul Shakila dengan tiba-tiba lalu menceritakan bahawa dia dengan dua rakan pancing yang lain sedang berada di hujung tasik sebelah hulu tetapi tidak berapa jauh dari khemah rakan Hazwan.

Shakila mempelawa Hazwan untuk berpindah ke lokasi berkenaan yang didakwa ada banyak ikan. Hazwan tanpa banyak bicara terus pergi mengikut sepupunya ke lokasi yang sudah dibanjiri oleh ramai pemancing dalam keadaan terang benderang dan sesetengah daripada mereka sedang bersuka ria sambil minum dan makan.

“Itu kawan-kawan Shaki. Mereka ke sini bukan saja nak memancing tapi mereka nak berseronok,” Shakila menerangkan pada Hazwan apabila dilihat Hazwan mula sangsi.

Hazwan diajar oleh Shakila cara memancing. Gadis itu memberikan sebungkus mata kail untuk diikat pada tali sebagai perambut. Selepas itu mereka mencuba lalu berhasil mendaratkan ikan yang bukan sedikit. Hazwan bagaikan lupa diri dan Shakila terus melayan hingga masa sudah begitu lama berlalu lalu mereka keletihan dan tertidur.

Esoknya, awal pagi sebelum terbit matahari perkhemahan rakan Hazwan menjadi gempar. Mereka mendapati Hazwan hilang dari khemah malah hilang dalam kawasan memancing di tepi tasik yang berdekatan. Mereka terus mencari dan akhirnya terjumpa Hazwan yang masih terlena di tepi tasik yang agak jauh sedikit dari perkhemahan mereka.




Hazwan dikejutkan tetapi dalam keadaan antara jaga dan tidur dia bertanya mengenai Shakila yang didakwa ada bersama memancing dengannya malam itu. Lantas dia turut menunjuk sebungkus mata pancing dan ikan yang dipancing bersama pada malam itu.

Memang dakwaannya terbukti dengan barang-barang yang masih ada bersamanya. Peristiwa itu tidak berkubur di situ saja kerana sekembalinya daripada memancing Hazwan terus ke rumah Shakila. Dia menceritakan apa yang berlaku.

Shakila terkejut kerana beliau ada di rumah pada malam berkenaan. Persoalannya - siapa yang yang bersama dengan Hazwan memancing di tasik pada malam itu? Bagaimana dengan mata pancing yang masih ada bersama Hazwan? Misteri ini tidak berjawab hingga hari ini tetapi nyata ada makhluk yang menyerupai Shakila menjadi teman memancing Hazwan sebagai membuktikan cabaran bahawa beliau tidak penakut untuk turun memancing.

Siapa Usung Jenazah Tengah Malam???

“SIAPA meninggal? Malam-malam mengusung jenazah kat jalan Batu 13.”
“Tak ada orang meninggal pun di situ. Batu 13 tu tempatnya keras.”

“SIAPA meninggal? Malam-malam mengusung jenazah kat jalan Batu 13.”

“Tak ada orang meninggal pun di situ. Batu 13 tu tempatnya keras.”

Bermula peristiwa itu maka dengan ini dipaparkan kisahnya untuk dikongsi bersama. Atau, paling tidak dapat mengisi khazanah misteri di kalangan kaki pancing yang sentiasa berdepan kisah aneh dan menakutkan.


Rombongan lima orang pemancing yang diketuai oleh seorang anak muda yang baru pulang dari Australia (memegang ijazah khazanah laut dalam) bernama Shafik Roslan, bercadang untuk turun memancing bersama rakan lamanya.

Tempat pilihan kali ini bukan di laut tetapi sebuah kolam lama yang ditinggalkan di pedalaman kawasan Orang Asli di Sungai Tahan (bukan nama sebenar).

Kolam ini bagaikan tasik kecil tetapi dalam dan dihuni spesies ikan tongsan dan toman bersaiz besar.

Perjalanan menuju ke lokasi berkenaan dengan menaiki sebuah van kepunyaan Zali yang dipandu sendiri olehnya.

Mereka meninggalkan Seremban tepat jam 10 malam dalam keadaan cuaca yang sangat baik.

Shafik berada di laut lebih lama dari di bilik kuliah ketika menuntut ilmu pelaut di Australia. Justeru, minatnya memancing sama ada di laut mahupun tasik tidak terkecuali.

Mereka melalui Batu 13. Jalannya kecil lagi sunyi. Perjalanan terpaksa diperlahankan kerana rombongan mengusung jenazah memenuhi separuh jalan tanpa sebarang lampu menyuluh jalan. Namun yang aneh, langkah mereka pantas bagaikan berlari.

Ketika singgah di sebuah pekan kecil, mereka berehat minum di warung seorang tua berkopiah putih.

Apabila ditanya mengenai jenazah yang diusung pada waktu malam di Batu 13, orang tua berkenaan bagaikan tahu apa yang berlaku.

Beliau menerangkan bahawa kawasan itu perkampungan orang bunian. Kalau tidak berhati-hati, sesiapa yang melaluinya ketika itu akan memilih jalan menuju gaung kerana mengelak rombongan mengusung jenazah dalam satu kumpulan yang ramai.

“Anak kena hati-hati kalau tiba di satu kawasan itu pada waktu malam. Tapi kalau boleh elak jangan melalui jalan itu selepas 12 tengah malam,” orang tua itu mengingatkan kumpulan berkenaan.

Menurut cerita Wak Anuar kepada halaman Misteri; yang turut sama dalam rombongan berkenaan terpaksa berdepan pelbagai halangan sebelum tiba di lokasi lewat tengah malam.

Halangan kedua, ular besar merintangi jalan sebelum tiba di kawasan pedalaman Orang Asli di Sungai Tahan.

Terhalang perjalanan hampir satu jam itu cukup menjejaskan semangat dan harapan anak muda yang baru pulang dari Australia itu yang pada mulanya begitu berkobar-kobar untuk turun memancing.

Mereka meneruskan perjalanan sebaik saja ular besar memberi laluan tetapi keadaan cuaca mula berubah. Langit yang sebelum itu dipenuhi bintang bertukar gelap pekat dengan sesekali bunga kilat bermain di dada langit.

Perjalanan diteruskan dengan hati-hati. Namun mereka terhalang lagi apabila sebatang pokok besar tumbang melintang jalan.

Serta-merta juga hujan mula turun berserta angin kencang bagaikan ribut.

Shafik tidak panik tetapi terus berdoa dengan suara yang terang: “Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu daripada sebarang keburukan.

Engkau tunjukkan jalan yang benar jika ada makhluk-Mu berniat jahat terhadap kami. Sesungguhnya kekuasaan-Mu lebih dari segala-galanya.”

Sejurus habis saja doa Shafik, pokok tumbang hilang serta merta dan mereka dapat meneruskan perjalanan.

Zali dan Wak Anuar sendiri turut hairan dengan doa yang dilafazkan oleh Shafik yang tidak terlintas langsung oleh semua rakan pancing bahawa kepada Allah harus diminta perlindungan dalam keadaan terdesak begitu.

Perkampungan Orang Asli masih jauh. Perjalanan bertambah sukar apabila hujan makin lebat. Dan, anehnya mereka sekali lagi terserempak dengan rombongan mengusung jenazah.




Kali ini rombongan lebih ramai dan menutup muka jalan. Shafik mengarahkan Zali memberhentikan van sambil membunyikan hon kereta beberapa kali dengan kuatnya.

Rombongan membawa jenazah serta-merta hilang. Sekali lagi mereka meneruskan perjalanan lalu berehat sebaik tiba di perkampungan Orang Asli dan terus bermalam.

Esoknya, mereka tidak meneruskan hasrat untuk ke tasik sebaliknya berpatah balik ke Seremban setelah petanda buruk dapat dirasakan menghalang setiap kali meneruskan hasrat ke tasik atau kolam lama di hujung kampung.

Shafik dapat menyelamatkan perjalanan mereka ketika terdesak, kata Wak Anuar menamatkan cerita misteri kumpulannya ketika berhasrat untuk memancing di kolam lama atau tasik.

Justeru, halangan begini harus dijadikan iktibar yang di sebaliknya mengukir misteri tersembunyi dan tentunya kepada Allah tempat kita berserah diri.

Tuesday 26 April 2011

Pontianak Mengintai

Peristiwa yang tak akan aku lupakan ialah semasa bekerja di sebuah syarikat pengiklanan swasta di Damansara Heights, Kuala Lumpur. Aku bekerja sebagai setiausaha kepada satu bos Mat Saleh dari New Zealand. Bos aku adalah seorang yang open minded, kuat bekerja dan bolehlah dikatakan tiap-tiap hari aku terpaksa balik lewat untuk menyiapkan tugasan yang berlambak-lambak. Paling lewat pun aku balik pukul 11.00 malam.

Besoknya seperti biasalah aku datang kerja. Sampai je kat ofis, bos interkom aku untuk masuk ke ofis dia. Dengan muka yang agak malas aku pun masuk dan mengucapkan "Good morning Sir".

"Morning, have a seat please," jawabnya dengan loghat pekatnya. Aku pun tanpa berlengah-lengah lagi pun memberitahunya serba sedikit jadualnya pada hari itu dan dia hanya mengangguk saja.

"Well, I hope you’re free today coz we’ve to stay back until late night again to finish this assignment. The client need it by tomorrow evening," katanya padaku dengan tegas.

Emmmm…. Macammana pun aku terpaksa buat jugak kerana takde sapa yang tau sangat pasal projek ni.

Aku dan bos sedaya upaya menyiapkan projek itu sehingga tak sedar jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Orang lain dah lamabalik dan tinggallah kami berdua kat ofis tu. Ruang pejabat kami agak luas dan dinding luarnya pula bercerminkan kaca di setiap pelusuk pejabat. Tengah bos aku berdiri di tepi tingkap untuk mencari failnya, tiba-tiba dia menjerit terperanjat sambil melihat ke arah luar tingkap.

"What’s that ugly thing doing there?" laungnya. Akupun berkejar kearahnya dan melihat apa yang ada di luar sana. Masya Allah, aku jadi terpegun melihat satu lembaga berambut panjang sedang merenung ke arah kami sambil mengilai-ngilai. Aku cuba bergerak tapi tak boleh, begitu juga bos aku. Lembaga itu menuju laju ke arah kami dengan muka yang sungguh menyeramkan dan tiba-tiba aku dapat satu kekuatan yang luar biasa lalu aku menarik bos aku menyorok di bawah meja. Kami mendengar bunyi asing yang amat menyeramkan sambil mengilai-ngilai. Aku lihat bos aku dah terkencing-kencing ketakutan dan mulutnya terus terkunci. Aku cuba melawan lembaga itu dengan surah kursi dan apa-apa lagi yang aku ingat. Lembaga seperti pontianak itu berterbangan di atas meja kami dan aku sempat melihat bajunya jarang berwarna hitam berbintik-bintik. Aku mengintai lagi dan melihat hantu itu cuba mencari kami tapi masih tak jumpa. Aku lihat semangat bos aku dah hilang dan mukanya dah terlampau pucat macam takde darah langsung.

Lebih kurang dalam 15 minit aku mengintai lagi ke atas meja. Aku tak nampak lembaga itu lagi lalu aku terus bangun untuk check kat mana dia pergi. Setelah semua ruang pejabat aku intai dan lembaga itu pun takde, aku terus pergi mendapatkan bos aku.



Aku lihat bos aku dah pengsan, akupun call guard kat tingkat bawah dan suruh datang ke pejabat aku di tingkap enam. Sampai je pak guard aku pun ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Pak guard yang berumur itu suruh aku ambilkan segelas air dan dia membaca sedikit ayat Quran dan merenjiskan kat muka bos aku. Bos aku tersedar dan melihat aku dan pak guard ada kat sebelah dia. Tiba-tiba dia menjerit-jerit seperti terkena histeria dan mengatakan "It’s a ghost ! I saw a ghost just now." Kami cuba mententeramkan dia hingga semangatnya pulih balik. Kemudian aku hantar dia balik ke rumahnya dengan menaiki teksi.

Besoknya, bos aku datang dengan pakaian yang agak simple dan terus menuju ke meja aku. Beliau memberitahu aku bahawa projek yang tergendala semalam akan di K.I.V. pada minggu depan. So, aku tak payah le lagi menyiapkannya secepat mungkin. beliau membisikkan pada aku supaya tidak menceritakan kejadian semalam pada staff yang lain. Tiba-tiba kami terdengar ada orang menjerit, "Ooi, sapa buang air kecik kat tempat aku hah!" aku memandang bos aku sambil tersenyum dan beliau pun macam paham je dan terus blah pegi cuti dengan kawannya selama seminggu.

Hati2 Bawak Kereta Tengah Malam


Ini pula adalah kisah benar. Mengenai mimpi memandu kereta pada waktu malam. Anda yang telah menonton filem Jangan Pandang Belakang pasti sedar wujudnya banyak babak saka atau hantu penuntut janji yang sentiasa mengekori botol atau kendi kecil daripada tembikar itu. Namun apa yang ingin diceritakan dalam entri ini ialah kisah lain.

Ini adalah kisah seorang kawan yang mahu ke Kuala Lumpur. Dia memandu kereta tersebut ke Kuala Lumpur bersama seorang temannya. Kereta itu kepunyaan temannya. Kawan mahu ke Kuala Lumpur, tetapi tidak sampai-sampai.

Peristiwa ini berlaku ketika tiba di suatu kawasan hutan. Jalan raya yang lengang dan sepi. Ketika itu kabus agak tebal. Malam sentiasa kebiruan dan kehijauan. Gelap.

Ketika sampai di suatu tempat. Enjin kereta mati. Kawan membuka tingkap separuh. Mahu biarkan angin malam yang segar masuk ke dalam. Temannya menyuruh kawan tutup tingkap itu.

"Nanti dia masuk! Tutup!"

"Apa yang masuk?"

"Benda tu!"

"Apa benda tu?!"

"Itu!!!" Teman menunjukkan jari ke tingkap sebelah kanan. Kawan dan teman menoleh ke sebelah tingkap. Nampak ada beberapa orang budak kecil bergigi tajam seperti duri. Dahi dan tulang hidungnya bercantum, melengkuk ke luar. Sambil menganga mulut, budak-budak kecil itu memandang garang ke dalam kereta dengan matanya yang bulat dan terjegil keluar. Mereka kelihatan sungguh berselera, memandang kawan dan teman seperti sedang memandang makanan.

"Tutup!!! Tutup!!!" Jerit temannya.

Kunci kereta dipulas. Enjin tak hidup-hidup. Budak-budak kecil itu menepuk cermin tingkap beberapa kali. Ada yang lebih ganas, memanjat badan kereta dan menjenguk di cermin hadapan.

"Haaahhh!!!" Sergah budak-budak kecil itu. "Haaahhh!!!"

"Haaahhh!!!"

Brrrr....! Brrooo.....! Broooo...! Burp...! Burpp! Brooooo! Brooooom....!!!

"Haaaaaahhh!!!" Sergah budak-budak kecil berhantu itu lagi.

Tiba-tiba enjin kereta hidup. Selamat! Dah... selamat.

"Haaaahaaaaaahhh!!!" Bertalu-talu mereka menyergah kawan dan temannya dari luar kereta.

"Haaahhh?!!" Kereta bergerak perlahan-lahan. Budak-budak kecil melompat turun seolah-olah tahu bahaya yang akan dihadapi jika terus berada di atas kereta itu.

Kawan dan temannya meneruskan perjalanan pada malam itu. Mereka pasti tidak akan melalui jalan itu lagi pada waktu malam.

Kerana Pentingkan Diri


Saya ini kaki merayap, kalau balik malam tak pernah melekat di rumah, mesti ada saja tempat nak saya tujui. Saya menunggang motor, jadi kadang2 balik lewat dari kerja bukan terus ke rumah, terus ke rumah teman main alat konsol Xbox atau balik sekejap, terus ke Johor Bahru untuk makan lewat malam dan kadang2 untuk menaikkan taraf motor. Saya pergi dengan teman-teman sekerja yang ada motor juga, jadi adalah teman. Selalunya pergi Johor atau ke rumah teman dan pulang taklah terkena gangguan atau ternampak benda2 halus.

Dah bertahun saya lakukan sebegini. Pada satu hari ni, mak saya orang yang adakala lembut adakala garang juga, menasihatkan saya, "Kau jangan balik lewat sangat macam ni, jam dah 4 pagi. Kau tahukan, anak saudara kau masih kecil. Mak takut 'dia' ikut kau, kau tak sedar, 'dia' ikut sampai dalam rumah macamana?" Saya ni tak nak buat mak risau jadi saya pun berkata, "Mak jangan risau, tak ada apa berlaku, Insya-Allah..." Tetapi keadaan saya yang kuat merayap malam2 semakin menjadi, taklah nakal nak mabuk2, berjudi atau sebagainya, tetapi sekadar hilangkan stres bekerja sehari suntuk.

Bila balik dari rumah teman setelah bermain alat konsol permainan Xbox, tak sedar dah jam 3 lebih pagi, jadi takut kena bebel, biasalah orang tua kuat bebel, kadang tu henti2. Nak elakkan dari dileter, saya balik bawa makanan buat mak. Malam tersebut, saya tertinggal telefon bimbit saya di pejabat, jadi beli saja makanan yang mak sukai. Tunggang motor terus menuju pulang. Apabila berhenti di salah satu simpang lampu trafik berdekatan dengan rumah, saya perasan kenapa ada seorang wanita ni, berbaju putih berdiri dari tadi, walaupun isyarat hijau dah dinyalakan untuk pejalan kaki menyeberang jalan? Saya tunggang motor, balik rumah tak ingat apa2.

Dalam perjalanan pulang dan dalam lif, saya terbau sesuatu yang wangi tapi saya cekalkan hati dan tak toleh apabila keluar dan menuju ke pintu rumah. Nasib baik mak sedang tidur. Saya terus mandi dan tidur. Malam itu, anak saudara saya melalak tak henti2. Setelah dibawa ke doktor pada hari esoknya, tak baik2 juga, hinggakan ayah membaca surah Yassin baru turun demamnya, tetapi saya ingatkan dah selesai. Malam lusanya dan seterusnya, bila saya balik lewat, saya termimpi kakak cantik datang mengganggu saya. Saya bangun tidur, dan dengan rasa berani, terus buka tingkap dalam keadaan marah sebab bukan sekali dua tetapi dah berkali2 mimpi yang sama. Saya sempat berkata, "Benda ni kalau aku nampak, aku sembur baru tahu..."

Sedang hisap rokok, tiba2 anak saudara saya kedengaran sedang berbual2 di luar. Saya pun rasa cemas, "Kenapa Afni belum tidur, dah jam 4 pagi..." Saya keluar dan terperanjat melihat Afni berbual dengan seseorang di ruang makan. Bila panggil tak dijawab, bila saya kejut mak dan ayah saya serta kedua abang dan kakak ipar. Mereka memanggil sama tapi Afni tak menyahut, diam tertunduk saja. Bila ayahnya sentuhnya, dia berkata "Jangan ganggu aku, pergi!!!" Matanya bengkak dan mukanya cengkung, seolah2 bukan Afni. Suaranya garau bukan suara anak kecil tapi suara wanita.

Malam itu membuat saya sedar perbuatan saya yang hanya mementingkan diri sendiri. Dengan tidak berlengah, saya mendukung Afni dan menyuruh abang saya hantar ke rumah pakcik kawan saya yang merupakan seorang ustaz di masjid berdekatan. Sejak itu saya tak nak cakap besar dan tak nak balik malam lagi, bukan saya yang kena tapi anak2 saudara saya yang diganggu...

Monday 25 April 2011

Rumah Lama Di Jurong




15 tahun yang lalu, saya pernah tinggal di kawasan Taman Jurong. Rumah saya berdekatan dengan blok-blok sewa yang kini sudah dirobohkan dan sudah dinaikkan blok yang baru. Entah betul atau tidak, ramai orang kata, di blok sewa demikian terdapat ramai orang memelihara benda-benda ni. Ada yang buang benda peliharaanya dan biarkan benda yang pernah dipeliharanya itu berkeliaran tanpa tuan. Wallahu'alam, betul atau tidak, saya kurang pasti.


Rumah dua tingkat yang pernah saya tinggal di kawasan itu cuma dapat bertahan tinggal di sana genap lima tahun. Selepas itu, ayah jual rumah itu, kerana terlalu angker. Rumah saya terletak di tingkat akhir iaitu di tingkat 6. Jadi yang di tingkat 7 itu merupakan bilik-bilik tidur. Di atas tingkat 7 terletaknya tangki air di bumbung blok. Kirakan penghabisan rumah dua tingkat. Macam-macam yang kedengaran di situ. Siapa yang pernah tidur di rumah saya, yang sering saya dengar mereka kata yang mereka ternampak kelibat orang di waktu malam. Di tangga, di stor juga pun ada. Malah adik perempuan saya pun pernah berbual dengan benda itu. Kadangkala, terdengar dia ketawa sendiri, bual sendiri. Bila ditanya, jawapannya sedang berbual dengan "temannya". Bila ibu cakap, "Suruhlah “teman” balik nanti 'maknya' marah." Adik pun akan beritahu “temannya” "ibunya" suruh balik. Bila bertanya dengan adik si "teman" balik keluar dari arah mana? Dengan selamba dia jawab, “Dia keluar situ...” Nak tahu di mana? Tingkap balkoni kita yang berhadapan dengan Tasik Jurong.


Berbalik pula pada cerita saya. Saya ingat lagi, hari saya bertengkar dengan kakak saya. Saya cakap saya nak tidur dengan menghidupkan alat penghawa dingin, kakak pula bantah, “Alah, asyik alat penghawa dingin aje. Kita tidur hidupkan kipas anginlah, buka tingkap lagi bagus! Hirup udara nyaman...” Saya pun mengalah dan ikut saja kata kakak saya. Malam itu, hujan gerimis serta tiupan angin yang dingin semacam. Saya dan kakak saya sudahpun nyenyak tidur. Tiba-tiba saya tersedar kerana saya terdengar bunyi seperti ada orang yang seolah-olah sedang memanggil saya. “Psst! Psst!” Saya pun ternampak di hujung sudut yang terletaknya kipas, saya ternampak kakak saya sedang berdiri di tepi kipas dan menunduk ke bawah sahaja. Saya mula bersuara, “Oi kak! Kau diri sebelah kipas buat apa? Dah malam2 gini pegi tidurlah... Gila eh?” Saya pun tutup mata dan hendak sambung tidur semula tetapi bila kakak saya tak menjawab dan berdiam diri sahaja, saya mula rasa musykil, saya pun dah rasa tak sedap.


Tiba-tiba bulu roma saya mula meremang. Tapi saya cuba tak endahkan perasaan takut saya. Bila saya mahu tukar posisi tidur saya, saya pusing ke sebelah kiri. Saya nampak kakak saya di sebelah kiri saya sedang nyenyak tidur. Saya pun cakap dalam hati, "Kalau kakak ada di sebelah aku, habis siapa yang berdiri dekat kipas tu?” Saat itu, hanya Allah saja yang tahu perasaan saya. Mulut saya berkumat-kamit baca Ayat Kursi tapi macam terkunci gitu. Tak terkeluar pun suara saya membaca Ayat Kursi. Bila saya alihkan pandangan saya perlahan-lahan ke arah kipas tu, saya ternampak benda tu mula merangkak ke arah saya. Apa yang saya boleh buat cuma tutup muka saya. Tapi di celah-celah jari saya masih boleh nampak benda itu merangkak perlahan-lahan mendekati saya. Sehingga benda itu menghampiri saya di hujung kaki, saya masih terpaku. Pekik nama kakak berkali kali pun dia tak dengar. Seram sangat! Saya cuba kejut kakak saya tapi tak bangun-bangun pula.


Bila dah berkali saya tak dapat kejut, saya paksa diri saya pekik, “Allahu Akbar!” Mendengar laungan saya, benda itu terus terbang keliling siling di dalam bilik saya sebanyak tiga kali dan keluar melalui tingkap. Selepas itu barulah kakak sedar bila dia dengar saya nangis terisak-isak. Saya rasa macam nak pecah tekak saya memekik memanggil kakak. Dia cakap dia tak dengar pun saya memekik-mekik memanggil namanya. Sehingga hari ini, saya takkan dapat lupakan pengalaman ngeri ini

Please Find My Bike..




Kisah ini berlaku pada tahun ini, kira-kira sebulan yang lepas di Jurong West Street 41. Saya gemar berlari-lari anak di waktu malam, terutama sekali selepas jam 2 pagi kerana waktu itulah cuacanya begitu nyaman sekali, itupun kalau kesihatan saya mengizinkan. Tapi semenjak saya ditugaskan bekerja malam, saya tidak dapat melakukannya lagi, kecuali kalau saya tidak bekerja, yang selalunya jatuh pada setiap hari Ahad.

Pada satu malam, sewaktu saya tidak bertugas, saya tergerak hati hendak pergi berlari. Tapi kali ini saya mengambil keputusan untuk bermula lebih siang sedikit dan ingin menggunakan laluan yang lain. Saya pun keluar dari rumah sekitar jam 11.30 malam dan terus menuju ke kolong blok untuk membuat senaman memanaskan badan. Selalunya saya hanya menggunakan taman rekreasi yang terdapat berdekatan dengan estet perumahan saya untuk bersenam, tapi kali ini saya teringin pulak mencuba untuk berlari dengan mengelilingi laluan jalanraya yang saya sebutkan tadi.

Sewaktu saya berlari, tiba-tiba ada sesuatu yang menangkap perhatian saya. Di seberang jalan, saya ternampak seperti ada seseorang sedang duduk di lantai, di tepi jalanraya itu. Saya ini tidak mempunyai visi mata yang jelas, tapi dari sinaran lampu yang samar-samar, yang terpancar dari perhentian bas yang berdekatan, saya semacam dapat melihat orang itu seperti terduduk, memeluk kedua-dua kakinya dan kepalanya tersembunyi di celah-celah kakinya. Saya hanya tertanya diri sendiri, "Kenapa pula si dia ini nak lepak di situ eh? Kalau nak lepak pun pergilah bawah blok? Agaknya dia mabuk tak?” Saya tidak memikirkan apa-apa masa itu, niat di hati hanya ingin mengetahui apa yang terjadi, lalu saya pun melintasi jalanraya untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas.

Apabila saya mendekatinya, saya dapat melihat yang orang itu masih memakai topi keledar. Saya cuba lihat sekeliling tetapi tiada kenderaan lain yang kelihatan, memerhatikan lebih dekat lagi, saya ternampak jelas dari tengkuk belakangnya, ada darah mengalir tidak henti-henti dari dalam topi keledar. Pakaiannya pula koyak di merata bahagian dan luka-lukanya begitu ketara sekali. Dalam hati saya berkata, “Memang sah dia ini kemalangan.” Oleh kerana saya tidak pasti akan bangsa orang itu, saya bertanya dalam bahasa Inggeris, “Sir, are you ok? You hang in there, I will call the ambulance straightaway ok!” Saya sebenarnya tidak membawa telefon bimbit saya, jadi saya ingatkan hendak menuju ke blok yang berdekatan untuk membuat panggilan kecemasan.

Baru sahaja saya ingin mengambil langkah setapak, orang itu pun dengan nada suara yang perlahan dan garau, berkata, “I just want to find my bike, please help me...” Entah mengapa, saya terus melihat ke arah belakang kami yang dikelilingi dengan tanah lapang dan sebuah parit yang menuju ke sebuah longkang yang besar. Saya tertanya diri sendiri, "Takkanlah motor dia terhumban ke dalam tanah lapang ini eh?” Sekali lagi dia menyuruh saya mencari motornya dengan suara yang begitu mendalam, “Please find my bike...” dan saya menjawab, "Sir you seriously need medical attention, let me get help first. Why don’t you lie down and rest? Here, let me help you...”

Baru saja saya ingin menolongnya supaya berbaring, tiba-tiba ada seorang budak Melayu datang menegur saya, “Abang... Abang buat apa ini?” Saya pun bangun dan berkata, ”Takde, budak ni... Aku rasa dia kemalangan motor. Abang sebenarnya nak telefon ambulans, tapi dia mati-mati suruh aku cari motor dia lah!” Dengan wajah yang terperanjat dan nada suara yang seperti ketakutan, budak Melayu itu bertanya, "Abang... Abang berbual pasal budak mana ni bang? Yang ada cuma kita dua orang aje di sini. Mana ada orang lain bang???” Saya menyampuk, “Eh kau ni buta ke apa??? Kan budak ni ada kat belakang aa....” Saya tidak dapat menghabiskan kata-kata saya, kerana apabila saya menoleh ke belakang saya, alangkah terperanjatnya saya, “budak” yang cedera tadi sudah hilang!! Budak Melayu itu pun bersuara, "Abang jom kita cabut dari tempat ni. Meremang pulak bulu roma saya. Abang ikut saya cepat...”

Dengan perasaan terperanjat dan juga ketakutan, saya mengikutinya ke sebuah blok berhampiran. Budak itu berkata..”Saya tadi pelik tengok abang ni asyik tengok kat lantai aje, ingatkan abang ni hilang barang ke apa, sebab itu saya datang kat abang tadi...” Dia meneruskan ceritanya, “Saya tinggal daerah sini dah lama jugak bang... Tak tahulah bang tapi nak katakan, saya pernah juga dengar cerita pasal tempat itu...” Entah kenapa, saya tak dengarkan sangat apa yang budak itu ceritakan kerana fikiran saya masih terbayang-bayang akan apa yang telah terjadi. Oleh kerana hati saya rasa tak sedap, saya batalkan niat saya untuk berlari dan terus pulang ke rumah. Yang saya asyik tertanya, "Kenapa budak itu ingin sangat mencari motornya?"

Hantu di Jalan Pintas




Kisah ini berlaku apabila saudara saya, Firdaus menjemput saya daripada tempat kerja untuk belanja saya makan. Ini berlaku sekitar 10 malam. Sedang dia pandu kereta, dia mengambil jalan terdekat iaitu jalan dot dot dot yang saya tidak mahu sebutkan kerana takut pendengar MJ12 terikut-ikut.

Kemudian dia teringat bahawa ada tanah perkuburan yang dekat dengan jalan ini. Dia pun berkata, "Ammar nak masuk sekejap tengok kalau ada hantu ke apa ke?" Saya pun bersetuju. Bila dia pandu kereta ke suatu sudut, ada seorang perempuan yang melambai2kan tangannya ke arah kami. Firdaus pun berhenti. Kemudian perempuan itu buka pintu kereta dan berkata, "Boleh adik tumpangkan kakak pergi depan sana dekat bangunan itu?" Firdaus kemudian mempelawa kakak itu masuk. Kakak itu pun duduk di bahagian belakang kereta.

Sepanjang perjalanan itu tidak ada sesiapa yang bersuara. Selepas beberapa minit, kakak itu berkata dengan nada yang seram, "Kasihan orang-orang yang kemalangan jalan raya, berlumuran darah satu tubuh." Selepas itu saya keluarkan cermin untuk melihat wajah penumpang yang kami pelawa masuk ke dalam kereta. Nak tahu apa yang saya lihat, di belakang saya ada perempuan berwajah hodoh berlumuran darah di belakang saya.

Dengan perlahan saya beritahu Firdaus, "Fir tengok ni..." Dia terus tarik "handbrake" kereta. Kami toleh ke belakang, tak ada orang. Bila kami toleh ke depan, ada itik serati. Ia kemudian bertukar menjadi hantu pontianak yang berlumuran darah. Kami berdua terus pejam mata dan mulut kami tidak terlepas daripada membaca Ayat kursi berkali-kali. Setelah membuka mata, benda itu pun hilang dari pandangan dan kami terus pecut keluar dari tempat itu.

Sekian terima kasih...

Wednesday 20 April 2011

Hantu Asrama!!!!!


KISAH 1

Kisah ni berlaku pada sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan pantai timur... bukan aku la yang kena, aku pun dengar cerita je. Ceritanya macam ni....... kat asrama pompuan... ada la sorang budak pompuan ni yang rajin study sampai memalam buta kat bilik prep dia. Satu malam tu dia tak sedar yang dia dah tinggal sorang kat bilik study tu.
Dia pun study la dengan khusyuknya... sampai satu part dia tak paham, dia nak tanya la kat 'member' dia yang kat sebelah tu... dia tak sedar lagi benda tu bukan orang.... masa dia nak tanya tu matanya terpandang kat bawah meja budak ni, dia perasan 'member' tu takde kaki. Peh tu dia kata "Takpe la, dah ingat camna nak buat," lebih kurang camtu la dia
cakap sambil berkira-kira nak blah secepat mungkin. Yang 'member' tu lak kata "Dah ingat ke dah tahu....????" maksudnya dah tahu ke yang dia tu hantu... budak ni terus lari balik dorm dia.... Bila dia cerita kat senior, ada yang cerita dulu ada sorang budak pompuan ni yang mati bunuh diri sebab tension belajar masa nak ambik SPM. Mungkin tu la hantu dia
yang still study tak abih-abih.... Lepas tu budak ni pun dah tak study sampai lewat malam lagi... Takoot siottt..... Korang caya tak? Kalau tak caya terpulanglah.......

__________________________________________________________________________________



KISAH 2

Kali ni aku nak cerita pasal kisah hantu di hostel sebuah universiti tempatan. Idak ler seram sangat sampai hantu tu menunjuk muka... tapi kira cara halus ni la yang buat orang bertambah suspen. Ceritanya pendek jer... benda ni berlaku kat hostel perempuan.. masa tu girlfriend kawan aku baru balik discussion. Biasa la.. budak U. Malam tu room mate dia
takde, buat assignment ngan kengkawan dia yang lain. Dia dah tak kisah dah sebab dah biasa kena tinggal. Entah kenapa malam tu dia terasa mengantuk sangat padahal waktu tu kira masih awal untuk dia tidur. Dia tidur kat katil tingkat atas. Dia tidur katil double decker, kat tingkat atas. Biasanya kalau dalam bilik tuh dia la operator telefon... sebab
biasanya ramai yang tukang telefon dia... Petang tu dia ada la buat panggilan. Okay jek... Esoknya bila dia bangun, dia tengok atas meja gagang telefon dia dah tercabut. Dia ingat room mate dia tak boleh tido sebab telefon selalu berdering peh tuh cabut gagang telefon. Tapi pelik la jugak.. biasanya orang kalau nak cabut pun dia cabut wayar belakang,
tapi nih cabut wayar gagang telefon. Ah, lantak la.. dia fikir. Lepas tu room mate dia masuk. Baru balik. Dia tanya la kenapa kawan dia tu cabut wayar gagang telefon. Kawan dia terkejut sebab dia baru balik dari bilik kawan yang satu course ngan dia. Dia tidur kat sana. Yang minah nih terkejut la... sapa pulak yang cabut wayar gagang telefon nih? Nak kata
dia tak kunci bilik... bilik diorang nih memang takleh bukak dari luar... unless kalau ada kunci. Nak kata dia mengigau..... dia la yang paling rajin nak angkat tipon.. lagi pun takkan dia boleh terfikir nak cabut wayar gagang telefon... (gagang telefon terletak jauh dari telefon
dan dalam keadaan terlentang). Paling tidak angkat gagang telefon letak tepi atau cabut wayar telefon tu sendiri. Aku tak tau la benda apa yang mengganggu dia... tapi dah dua kali dia alami benda yang sam sejak baru bukak semester kedua nih.

__________________________________________________________________________________



KISAH 3

Kisah ini berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu aku ditingkatan dua dan tinggal di asrama. Aku ni terkenal dengan sifat yang tak reti takut. Memang sejak kecil lagi aku telah diajar oleh ayahku untuk tidak takut pada hantu. Menurut ayah ku..." Hantu dan syaitan ni nak pegang kita pun tak dapat inikan pula nak cubit.." Itulah kata-kata ayahku yang membuatkan aku berani sehingga kini walaupun pada hakikatnya aku seorang perempuan yang lemah lembut.

Sekolah aku terletak di sebuah kawasan yang boleh dikatakan indah dan nyaman. Lagipun di situ kawasan kampung. Asrama yang aku duduki berada di dalam kawasan sekolah. Jadi senanglah untuk kami pelajar pelajar asrama untuk berulang alik. Kebetulan pada semester tersebut pihak sekolah aku bercadang untuk menambahkan lagi satu blok asrama untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat. Jadi setelah dipersetujui, Akhirnya kerja-kerja membina pun dilakukan bersebelah dengan blok asrama puteri yang lama.

Pada mulanya pembinaan itu berjalan dengan lancar sehinggalah suatu hari.......

Petang itu aku pulang daripada sekolah kira-kira jam 3 petang bersama-sama empat kawan ku yang lain. Setelah menyalin pakaian, kami bercadang untuk bermain tenis di gelangang yang berdekatan. Sewaktu kami menuruni tangga untuk ke gelangang berkenaan tiba-tiba kami terdengar suara lelaki sedang menjerit dan diikuti dengan dentuman yang kuat. Kami dapat mengesan arah bunyi tersebut. Tak silap lagi ianya datang dari arah tapak pembinaan asrama baru. Kami segera bergegas ke sana. Setibanya di situ kami terkejut besar apabila kami dapati seorang pekerja berbangsa Cina telah jatuh dari bangunan tesebut. Kawan-kawan pekerja tersebut segera mendapatkan beliau. Aku dan kawan-kawanku tergamam. Tubuh pekerja berkenaan dibasahi dengan darah. Aku yakin dia telah mati memandangkan keadaan kepalanya yang bercerai dari badan. Kawanku , Mila tiba-tiba pengsan. Aku terpaku di situ.

Pada malam tersebut kami tidak dapat tidur dengan nyenyak tambahan lagi kami adalah orang pertama yang menyaksikan kejadian itu. Warden asrama menasihati kami supaya bawa bertenang. Tetapi aku benar-benar tidak dapat melupakan kejadian itu lebih-lebih lagi jika teringatkan keadaan tubuh mangsa yang amat mengerikan. Malam makin larut. Aku cuba melelapkan mataku. Tiba-tiba aku terdengar seperti ada sesuatu yang sedang menghampiriku. Aku meluaskan pandangan kesekeliling. Mataku liar mencari benda tersebut. Hidung ku mula terbau sesuatu yang hanyir. Darah! Aku tersentak. Aku mendongak ke atas. Aku dapati darah mengalir dari kipas siling. Banyak sekali ! Aku beranikan diri untuk bangun. Mata ku tiba-tiba tertumpu ke arah kawanku Mila. Ya Allah, Aku lihat beberapa orang berjubah kuning sedang mengelilinginya. Aku beranikan diriku untuk menghampiri mereka. Kawan- kawanku yang sedorm sudah lama dibuai mimpi. Dengan keyakinan aku menegur orang-orang yang berjubah kuning berkenaan. " Siapa anda semua ?" Mereka tidak menjawab pertanyaan aku. Aku mula syak sesuatu. Aku beranikan diri lagi dengan memegang salah seorang daripada mereka. Tetapi... Tangan ku bolos. Ternyata mereka tidak menghiraukan kedatangan aku. Aku terpinga.. Mereka bangun dari katil Mila dan menuju ke tingkap yang bertentangan dengan tempat kemalangan petang tadi. Aku dapat melihat dengan jelas mereka menembusi dinding asrama dan terus melayang ke angkasa. Aku terpegun.

Tiba-tiba lamunan aku tersentak apabila dikejutkan oleh suara kawanku Lin. Rupanya bukan aku seorang yang menyaksikan peristiwa itu, Lin juga sempat menyaksikannya. Lin kelihatan begitu takut, dia menanggis. Badannya terasa panas dan menggigil. Aku cuba menenangkannya. Lin dapat juga aku tenangkan. Lega rasanya bila dia kembali seperti sediakala. Kami bercerita panjang tentang pengalaman masing-masing melihat peristiwa yang berlaku tadi. Lin menyatakan padaku yang dia ternampak ada dua orang lelaki berjubah kuning hendak memukul aku dengan Kayu Tas dari arah belakang. Tetapi mereka tidak berjaya kerana dihalang oleh seorang lagi lelaki berjubah kuning yang lain. Aku betul-betul terkejut. Aku bertanyakan Lin samaada dia nampak atau tidak lelaki berjubah kuning mengelilingi Mila. Dia jawab TIDAK. Aku semakin hairan. Bagaimana dua peristiwa boleh berlaku dalam waktu yang sama tetapi berlainan keadaan.

Cuma ketika lelaki-lelaki berjubah kuning itu melayang ke angkasa sahaja kami dapat menyaksikan peristiwa yang sama. Angin malam semakin dingin. Suasana semakin suram. Aku dan Lin masih tidak dapat tidur. Tiba-tiba.... "Aaaaaaaaaaaaaa....." Suara orang menjerit seperti diserang sesuatu kedengaran dari tingkat atas asrama. Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi dentuman yang kuat dari arah yang sama.

Aku bergegas keluar. Aku lihat penghuni penghuni yang lain juga tercengang-cengang di luar dorm. Masing-masing tertanya apakah yang berlaku. Warden juga kelihatan terpinga-pinga. Suara jeritan dan lolongan tadi semakin menjadi-jadi. Kali ini bukan lagi seorang tetapi ramai. Aku semakin ingin tahu.

Warden meminta sesiapa yang berani untuk mengikutnya naik ke atas. Aku dan lima orang lagi rakan mengikut warden naik ke atas. Setibanya kami di sana kami dapati beberapa orang penghuni dorm Emas sedang merangkak di kaki lima seperti biawak. Aku mengucap panjang. Kami cuba menangkap mereka tetapi tidak berjaya kerana bilangan yang hendak ditangkap lebih banyak dari yang menangkap. Warden mengarahkan penghuni yang tidak naik ke atas untuk mendapatkan bantuan dari warden aspura.

Bantuan yang diharapkan sia-sia sahaja kerana tidak seorang pun warden aspura yang terjaga termasuklah penghuni aspura sendiri. Kami mula cemas. Bilangan penghuni yang dirasuk semakin banyak iaitu kira-kira sebelas orang dan bersamaan dengan satu dorm berkenaan. Mereka menjerit, melolong dan tak kurang pula yang mengilai. Kami terpaksa mengepung mereka. Warden mengarahkan supaya kami membaca apa sahaja ayat suci yang kami ingat sambil mengawasi mereka.

Keadaan semakin kelam kabut apabila ada yang dirasuk itu mula bertindak liar. Mereka mula berlari menuruni tangga. kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Hendak ditangkap memang tidak berdaya. Kami tawakal kepada Allah. Di bawah mereka mula mengoncangkan pagar yang memagari kawasan aspuri. Warden meminta supaya kami beramai -ramai memegang mereka supaya mereka tidak merobohkan pagar untuk lari keluar. Mereka meraung raung. Di saat aku memegang salah seorang daripada mereka aku rasakan seperti tubuhku digoncang dengan begitu kuat. Aku mula membaca Ayat Kursi. Kegilaannya semakin menjadi jadi. Aku menempeleng muka budak berkenaan. Dia pengsan. Menyedari perbuatan aku itu berkesan, kami beramai-ramai menempeleng kesebelas belas penghuni berkenaan. Mereka pengsan. Seraya dengan itu azan Subuh berkumandang dengan sayupnya.

Pagi itu ramai di antara kami yang tidak ke sekolah kerana letih. Apabila di tanya kepada penghuni yang dirasuk apa yang terjadi semalam, mereka hanya menjawab mereka tidur dengan nyenyak sekali. Bila kami menceritakan apa yang berlaku semalam mereka bagaikan tidak percaya. Berita dirasuk beramai ramai sampai ke pengetahuan penghuni aspura. Mereka juga terkejut kerana tidak seorang pun yang mendengar bunyi orang menjerit.

Malam itu kami mengadakan sembahyang hajat beramai ramai untuk meminta dijauhkan dari sebarang malapetaka. Pengetua juga menasihati kami supaya tidak mengingati peristiwa berkenaan. Menurutnya lagi peristiwa berkenaan hanyalah untuk menguji kesabaran kami. Aku tidak dapat merumuskan samaada peristiwa berkenaan ada kaitannya dengan kematian pekerja di tapak binaan.

Tetapi ada cerita yang mengatakan kematian pekerja berkenaan dirancang oleh abangnya sendiri dan rohnya ingin menuntut bela. Wallahualam...

_________________________________________________________________________________

Sunday 17 April 2011

Kepercayaan, Hidup dan Mati


Ok2..aku terpaksa mengalah dgn permintaan seorg blogger yg nk sgt aku tulis pasal cintan cintun..aku xreti nk tulis pasal cintan cintun ni..ok la..arini aku nk cite pasal satu cite yg smlm aku tgk kat tv2..xtaw la tajuk die ape.. (aku tulis ni bkn nk cite pasal kristian eyh..tp sbb aku tertarik pasal kisah cinta n kisah khdpan dlm cite ni)

Cite ni kisah kan pasal seorg paderi yg bernama Father Doodan. Father Doodan ni seorang priest yang di tugaskan utk mengembang kan agama kristian kat sebuah pulau di sekitar Hawaii. Dia menatang tanggungjawab die tu bagaikn menatang minyak yang penuh..Father Doodan datang kat pulau tu 17 tahun sblm kematian die.( macam mana die mati??sabau la...)

Tiba nye Father Doodan kat pulau tu..die bukak satu church kcik.kat situ la dieberkhutbah..kawen kan org..dan dgr mslh org...mula2 yang ikot khutbah die mmg ramai...tp smkin lama..org mula jauh kan diri dari die..tau knp??sbb org cakap die gila sbb bukak sebuah hospital kusta kat pulau tu..sbnr nye father doodan kcik dgn kanak2 kat sana yg menderita pnykit kusta..tapi org kat situ xblh terima..diorg takut pnykit tu akn bjngkit kat diorg..padahal yg ada kusta tu anak2 diorg ndri..tp wlpn xde sokongan dgn pnduduk kat situ..father dodan tetap bina sebuah hospital dgn titik peluh die sndiri.

Semakin hari, church kcil die smkin kurang org yg dtg..samapai satu hari tu..lngsong xde org yg dtg dgr khutbah die..father doodan jadi putus asa...tapi nasib baik la die ada pembantu2 yg setia di samping die..berikut adalah barisan2 pmbantu dia..jeng jeng jeng..

1. Margurite – dia ni seorg pelacur dari france yg dihantar utk tolong father doodan dan secara langsong utk die berubah la..
2. Camille – die ni seorg perempuan yg buta tpcantik gile..die dah ada kat tmpt father dodan sjak die kcik lagi..
3. Sonia – seorg perempuan bodoh n mcm bodoh2..huhu..
4. Dr jonathan- seorg dktor yg dihantar pihak kerajaan utk tlg father doodan kat hospital kusta die..

Father doodan smkin hari smkin putus asa dgn hidup die kat pulau tu..org cakap die gila la..bodoh la..die smkin hilang kpercayaan kat tuhan..die mula minum arak..mula jadi panas baran...sampaikan ada satu scene tu die cakap.. “if there really a god there, he will help me..i put all my faith in him before..”

Then satu haritu father doodan pergi la kt sebuah penjara kat pulau tu..sbnrnye die perlu kan sukarelawan utk btolkan church die..tp disbbkan xde seorg pnduduk kat situ yg nk tolong die..die mtk izin dari krajaan utk pinjam kan bbrpa org banduan sbg sukarelawan die..

Akhirnye die dapat 3 org banduan yang secara kbtulan di tmptkan kat situ utk smntara sbb diorg sptot nye di hantar ke pnjara di haiti. Tp disbb kan cuaca yg x menentu..diorg diletakkan kat utk smntara waktu..father doodan amik diorg bwk g church sbg sukarelawan. Charlie, Harry dgn Marcus nama diorg..

Nak di pendek kan cerita..salah seorang dari banduan ni..Harry..jatuh cinta dgn cammille..pembantu father doodan yg cantik tapi buta tu..Harry x bertepuk sblh tgan eaaa...cammille pon suka kat harry ni..

Satu hari tu..datang la sorg paderi muda yg di hantar kerajaan utk tinjau mcm mana father doodan pny tugas kat pulau tu..n ada satu malam tu..die ternampak father doodan hampir2 bunuh harry sbb harry cium cammille..mb die ingt harry nk rogol cammille kot..padahal diorg masing2 rela je..haha..lpas die leraikan father doodan dgn harry..die ikut father doodan g bilik die.n die nampak father doodan minum arak..masa tu la die xbrani tanya sndri kat father doodan ..die tny kat dktor yg tolong jaga hospital father doodan tu.. baru la die tau knp father doodan tu hilang kpcyaan kat tuhan n knp die jadi panas baran..

Esok nye tu father doodan sptot nya hntar banduan2 3 org tadi g kat naik kapal utk ke penjara haiti..tapi masa otw tu..terjadi letusan gunung berapa..disbbkan church n hospital die kat ats bukit..die xdapat nk g sana balik sbb jalan dah runtuh..
Die cuba call tapi disbbkan menara kawalan radio runtuh..die xdapat call..die jadi risau..si harry ni pon risau kan buah ati die.. si cammille kat atas tu..

Last2 father doodan dgn 3 org banduan ni tadi patah balik naik ke tmpat father doodan naik sebuah kapal terbang kcil yg dipinjam kan pihak tentera..sampai sana diorg tgk hospital n gereja tu masih ada..n pmbntu2 die serta bdak2 kcik yg sakit kusta tu dah siap2 nk klua dari tmpt tu..

Diorg pon jln sama2 dgn diorg..tapi diorg tkot xde masa sbb bdsarkan ramalan..mgkin terjadi letusan yg kuat..masa dlm perjalanan turun tu..macam2 jadi..ada bdak2 yg mati sbb terhidu terlalu byk sulfur..marcus mati terjatuh gaung..

Diorg yg still hidup tu tros kan perjalanan sampai kat sebuah gua utk berehat.kat situ harry nyatakan hasrat die utk kawen dgn cammille waktu tu jugaksbb die mcm dapat rasa die da nk mat sbb die ada cakap mcam ni “im your husband and u r my wife..u always in my heart..and there will be a time im not gonna b there with u..but dun u ever cry..i’ll be waiting in the heaven”. Then father doodan kawen kan diorg..

Diorg tros kan perjalanan diorg..dah nak sampai kat jeti tutk naik kapal tu..diorg tpksa lalu kat sebuah jambatan yg da runtuh.tiang utama bwh tu da ptah..father doodan dgn charlie volunteer diri diorg nk pggang tiang bwh tu so that yg lain2 dpt lintas..

Lpas semua dapat lepas tu..father doodan bagitau kat chalie die nk angkt lpaskan tgan die dari tiang tu dah..tapi charlie tkjut dgn bunyi letusan gunung berapi ygtiba2 jadi sgt kuat n terlupa nk lpas kan tg skali dgn father doodan..akibat nye..serpihan tiang yg patah tadi tros kena kat dada die..father doodan rasa sgt sdih..die ckpdie xkesah wlpon die mati kat situ sbb die rasa tnggung jawab die sbg seorg paderi da tmat..die trus riba charlie n bgtau wlpon jahat mana die masa hidup..tuhan akan ampun kan dosa die sbb die da slamat kan banyak nyawa dr terkorban..

Die ada cite kat charlie yg mana masa dlumasa zaman jesus disalib..ada seorg pencuri yg disalib kat sblah jesus..pncuri tu di salib sbgai hukuman die mncuri..tapi last2 pncuri tu masuk syurga sbb die curi utk tolong org ssh (mcm robin hood lak).

Harry tros kan perjalan hantar semua yg slamat tu naik kapal..tapi di saat akhir..di ubah kptusan die nak ikot skali naik kapal tu..die cb nk tolong father doodan n charlie..die mtk tolong si doktor n margurite utk tgk2 kan cammille. Cammille redha je harry pergi. ( mb die ingt harry blh jd hero kot).
Harry naik lori pickup kat tmpat father doodan riba charlie yg tgh nazak tu..smntara tu..kapten kapal penyelamat dah x mampu tnggu sbb die nampak asap makin byk kelua dr gunung brapi tu tanda nya ada ltusan yg lgkuat akan jadi..

Baru kapal tu gerak sikit pulau tu terus meletup..apa nasib charlie, father doodan dgn harry??diorg mati disbb kan letusan yg kuat tu..

Ok la..sbnr nye cite ni sgt sdih eaa klu tgk..wlpon cite ni zaman bile pny tah..mb awal 80-an tapi jalan cite die sgt touching la..ada x sape2 antara kita yg boleh jadi macam charlie..macam father doodan..mcm harry..?
Aduh...pnat da jari menaip ni..ok..jap lg buat entry baru..baca n komen ni dlu k...

Friday 15 April 2011

Tengkorak Terbang di Bukit Seri Alam,Shah Alam

Pada mulanya dia menyangka objek bulat yang terawang-awang di dalam semak, di atas bukit belakang rumah orang tuanya itu, hanya sehelai daun terap kering yang tersangkut pada sawang labah-labah.

Sebab itu, dia terus melangkah ke depan bersama dua rakannya, tanpa berfikir apa-apa yang pelik akan dihadapinya hari itu. Bagaimanapun apabila objek bulat itu didekatinya, peluh di badannya terus saja tersimbah.

Matanya tidak berkelip dan jantungnya pula bagaikan mahu gugur apabila terpandang objek bulat berwarna coklat kehitaman itu adalah tengkorak manusia. Paling mengerikan tengkorak itu pula terbang ke kiri ke kanan, seperti mahu menghalang perjalanannya, sambil asap mula keluar berkepul-kepul.

Ketika itu dia dan dua orang kawannya bercadang menyumpit monyet di atas bukit, terpaksa membatalkan hasrat mereka. Dalam sesaat itu juga mereka berlari susup-sasap pulang ke rumah.

Tidak cukup dengan gangguan tengkorak terbang, beberapa hari selepas itu dia diganggu pula dengan kehadiran seorang perempuan berbaju putih yang dilihatnya duduk di dahan pokok tinggi. Bukan dia saja yang melihatnya, malah dua rakannya juga terpandang perempuan berbaju putih berkilat di atas pokok itu.

Dua kisah itu adalah antara gangguan yang pernah berlaku di perkampungan Orang Asli Bukit Cahaya Seri Alam, di Shah Alam beberapa tahun lalu, sebelum berakhir apabila sebuah surau dibina di situ dan ramai pula penduduknya memeluk agama islam.

Cerita menyeramkan mengenai gangguan tengkorak berterbangan dan langsuir itu diceritakan sendiri oleh Ramli Hamid, 31, dalam kunjungan ke pekampungan Orang Asli bersempadan dengan Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, baru-baru ini.

Ramli memberitahu, dia yakin tindakan sebahagian besar penduduk di situ memeluk Islam adalah antara punca sehingga kini makhluk halus tidak lagi muncul dan mengganggu.

“Walaupun kejadian itu berlaku beberapa tahun lalu, saya tetap ingat dan apabila difikir-fikirkan,terasa betapa agung kebesaran Islam. Manakan tidak, apabila ramai orang kami memeluk Islam dan surau pula dibina di sini, gangguan itu tidak berlaku lagi !” katanya seperti lega.

Ketika menceritakan kejadian terserempak tengkorak manusia berterbangan di atas bukit di belakang rumah orang tuanya, Ramli memberitahu ketika itu dia bersama dua rakannya mendaki bukit pergi menyumpit.

“Kejadin itu berlaku ketika senja. Masa itu fikiran kami hanya ingatkan monyet yang mahu disumpit. Sebagai anak Orang Asli yang biasa dengan hutan, kami juga tidak pernah menyimpan rasa takut. Kalau takut pun hanyalah untuk berhati-hati kalau-kalau terserempak binatang buas seperti harimau,” beritahunya.

Bagaimanapun, hasrat menyumpit terbantut tiba-tiba apabila dia terpandang satu objek bulat macam sehelai daun terap kering. Ia bergantung-gantungan di atas bukit tempat dia dan kawan-kawannya mendaki.

“Apabila semakin dekat, apa yang saya sangkakan tenyata meleset. Selepas diamat-amati, barulah saya tahu objek bulat itu sememangnya tengkorak. Sudah tentu kami tergamam !” katanya.

Menurut Ramli, tengkorak itu kelihatan mengacah-acah ke arah dia dan kawan-kawannya beberapa kali seperti mahu menghalang mereka meneruskan perjalanan ke atas bukit. Ketika itu hari memang sudah senja dan keadaan pula mulai gelap.

Ramli pada mulanya merasakan dia seperti bermimpi, tetapi apabila dua kawannya yang lain juga memberitahu nampak tengkorak yang sama, dia terus berlari pulang. Dia diikuti kawan-kawannya. Mereka tidak menoleh ke belakang lagi kerana terlalu terkejut terpandang tengkorak terbang.

“Selepas kejadian itu kami bertiga demam seminggu. Saya tak tahu sebabnya. Bagaimanapun saya rasa mungkin juga sebab terkejut diganggu tengkorak terbang yang kami nampak di atas bukit itu,” katanya.

Kejadian itu menurut Ramli memang dilihatnya sendiri dan bukan diceritakan berdasarkan fantasi. Bagaimanapun, dua rakannya yang turut sama melihat gangguan tengkorak itu tiada di perkampungan itu. Mereka belum pulang bekerja.

Gangguan yang pernah berlaku, menurut Ramli lagi tidak berakhir di situ. Tidak cukup dengan gangguan tengkorak terbang, beberapa hari selepas itu Ramli mengalami gangguan yang lain pula.

Ketika itu, Ramli dan kawan-kawannya dalam perjalanan pulang dari kedai, kira-kira pukul 11.00 malam. Mereka berjalan kaki, menyusur jalan berbukit sebelum sampai ke perkampungan Orang Asli yang sebelum itu dikenali dengan nama Kampung Orang Asli Air Kuning.

“Pada masa mula-mula mendaki jalan bukit yang di kelilingnya penuh hutan, saya dah rasa hati berdebar-debar. Saya buat tak kisah, sambil itu berjalan terus untuk pulang ke rumah.

“Tapi ketika tiba berdekatan tangki air, bulu roma saya tiba-tiba menegak sebaik saja hidung mula terhidu bau wangi pada sebelah malam kata orang tua-tua, biasanya menandakan ada makhluk halus tidak jauh dari kawasan itu.

“Saya kuatkan hati supaya tidak takut. Tapi kawan-kawan saya di sebelah mula saling berpandangan. Mungkin mereka juga terhidu bau wangi itu. Belum sempat kami bertanya atau bercakap apa-apa, saya terpandang satu lembaga wanita berbaju putih labuh di atas pucuk pokok yang tinggi,” katanya.

Serentak itu, tambah Ramli,kawan-kawannya mencuit tangan masing-masing. Ramli memang nampak wanita itu duduk sambil tubuhnya terhayun-hayun setiap kali dahan pokok itu ditiup angin.

“Tidak lama selepas itu kami terdengar bunyi perempuan ketawa dan mengilai. Memang bunyi itu datangnya dari arah wanita di dahan pokok yang tinggi itu. Kami tercegat ketakutan. Tapi masih juga melihat wanita berbaju putih di atas pokok itu,” katanya.

Pada masa itu, kata Ramli, dia teringat kata-kata orang tua-tua di perkampungan Orang Asli itu. Wanita berbaju putih yang sering duduk di dahan pokok tinggi dan mengilai itu adalah langsuir.

“Dalam gelap malam, kami berlari laju mahu sampai segera ke rumah masing-masing. Teringat pada perempuan berbaju putih itu, kami teringat pula pada tengkorak terbang di kampung kami sebelumnya,” kata Ramli lagi.

Apabila tiba di rumah, badannya terus sahaja menggigil dan beberapa hari pula dia diserang demam lagi kerana terkejut.

Menurut Ramli, dia terdengar orang tua-tua kampung itu berpendapat, gangguan yang berlaku mungkin berpunca daripada kuasa halus yang meracau dan bebas lepas, terutama apabila ada kubur lama di perkampungan itu dikatakan diceroboh pihak tertentu sebelum itu.

Selepas itu, dua tiga kali lagi dia dan kawan-kawannya terserempak dengan gangguan yang sama, terutama daripada tengkorak yang dilihatnya sering terbang di kawasan berbukit tidak jauh di belakang rumahnya.

Hanya apabila ramai Orang Asli di kampung itu memeluk agama Islam beberapa tahun lalu, barulah Ramli dan kawan-kawannya perasan gangguan langsuir dan terngkorak berterbangan itu tidak lagi berlaku.

“Apabila surau mula dibina di sini, saya dan kawan-kawan rasa banyak sangat perubahan yang berlaku. Gangguan yang pelik-pelik semakin tiada. Kami tidak lagi melihat tengkorak berterbangan ataupun langsuir duduk di dahan pokok tinggi,” katanya.

Bagaimanapun, satu hal yang Ramli percaya hingga kini ialah dengan pembinaan surau di kampung itu memberi rahmat yang cukup besar kepada penduduk Orang Asli di situ.

“Setiap kali azan kedengaran dari surau, kami rasa kampung ini nyaman dan tidak diganggu makhluk halus lagi. Saya percaya makhluk halus tidak berani mengganggu lagi kerana perkampungan ini ada surau dan sering kedengaran azan setiap kali masuk waktu sembahyang,” tambahnya.

Tuk Batin perkampungan itu, Mat Shah Abdullah, juga mengesahkan ada anak buahnya memberitahu gangguan yang dihadapi termasuk gangguan tengkorak berterbangan seperti dialami Ramli.

“Saya belum pernah terserempak, tapi memang anak buah saya ada mengadu mereka melihat sendiri tengkorak dan langsuir yang diceritakan itu. Apa yang diceritakan Ramli itu pernah juga diceritakan kepada saya,” katanya.

Bagaimanapun, seperti Ramli, Mat Shah juga percaya gangguan makhluk halus itu mula hilang apabila penduduk di situ semakin ramai memeluk Islam dan selepas sebuah surau dibina untuk kegunaan mereka beibadat.

Kini Mat Shah dan Ramli yang berkerja sebagai Pembantu Am di Masjid Negeri Shah Alam, bersyukur kerana kampung mereka semakin aman.

Namun Mat Shah sentiasa memastikan anak-anak buahnya tidak bercakap besar selepas beberapa tahun tidak lagi terserempak gangguan tengkorak dan langsuir yang menakutkan itu.

“Sebagai orang Islam kita kena percaya pada Allah Taala. Bagaimanapun, jangan sampai lupa diri dan sering pula bercakap besar kerana Allah Taala boleh menguji kita bila-bila masa sahaja,” katanya.

Mat Shah yakin perkampungan yang mereka duduki itu bukan sahaja akan lenyap daripada segala gangguan atau cerita-cerita misteri makhluk halus, tetapi turut akan terus maju tidak lama lagi.

Malah beliau tidak segan-segan bercerita mengenai cadangan kerajaan untuk memajukan tanah perkampungan Orang Asli itu tidak lama lagi.

Dengan cadangan pembangunan yang telah dirancang kesemua penduduk Orang Asli di situ akan memiliki rumah yang dikatakan setaraf reka bentuk dan nilainya dengan rumah banglo, milik orang berada.

PENGALAMAN NGERI SI PENGALI KUBUR

"Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji,overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee.... seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal azim...

Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati ...

Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah...

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini ? " saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM...

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah !

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

"Johar... Johar !! " sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

HANTU TALI GANTUNG MENGGANGU PENDUDUK KAMPUNG

Kampung Pandan Seri sedang musim durian. Sepanjang musim itu Bang Akob tidur di pondok duriannya, beberapa meter dari tanah perkuburan Islam kampung itu. Seperti biasa, menjelang tengah malam dia pasti menyusur dusunnya memungut durian. Kalau tidak, sudah pasti duriannya akan dipungut budak-budak dadah yang sering merayau-rayau di dusun orang tidak kira waktu.

Malam itu, angin mendesah. Sekali sekala kilat memancar. Durian amat rahat. Di setiap penjuru dusun kedengaran bunyi durian gugur. “Kalau tak cepat pungut, habislah pagi esok…” kata Bang Akob dalam hati. Sambil menggalas bakul rotan, dia menyuluh di kawasan pangkal pokok yang ada dua puluh batang itu. Kebanyakan pokok durian di dusun Bang Akob pokok tua. Dusun itu harta pusaka peninggalan ayahnya.

Angin malam itu terus mendesah. Kadang-kadang kuat, kadang-kadang perlahan. Ketika bertiup kencang, meliang-liuk kebanyakan dahan pokok dibuatnya. Ketika itu juga kedengaran bunyi durian gugur bertambah banyak. Hati Bang Akob kepalang gembira. Rezekinya esok hari pasti bertambah, fikirnya.

Sebiji demi sebiji durian dipungut dan dimasukkan ke dalam bakul rotan. Hati Bang Akob begitu lega. Duriannya tak sempat dipungut Mat Gian – panggilan biasa kepada budak-budak penagih dadah di kampungnya.

Bagaimanapun sesampai saja di pangkal sebatang durian berhampiran tanah perkuburan itu, Bang Akob terkejut. “Eh, dah datang pun dia…nasib baik aku sudah habis pungut…tak dapatlah dia,” bisik hati Bang Akob sebaik saja dia ternampak satu lembaga di tepi dusunnya.

“Fasal apa dia menuju ke kubur pula?” Kata Bang Akob kehairanan. Bang Akob bergerak menyusur ke penjuru tanahnya. Kemudian dia menyembunyikan diri di sebalik sebatang pokok besar. Lembaga itu bergerak perlahan sambil menarik seutas tali bubut kira-kira dua depa panjangnya. Tanpa membuang masa Bang Akob menyuluh. Suluhannya tepat ke wajah lembaga itu. Sekali lagi Bang Akob terkejut apabila wajah lembaga itu menyerupai orang yang dikenalinya.

“Eh, aku kenal…” bisik hati Bang Akob. “Pak Misan…!” Bang Akob melaung sekuat-kuatnya memanggil Pak Misan, orang tua kampung yang sering menjadi temannya berbual.

Bagi penduduk Kampung Pandan Seri, Pak Misan adalah seorang tokoh. Dia terkenal pendekarnya. Selain itu, dia juga tempat penduduk lelaki meminta ubat untuk menguatkan tenaga tertentu.

Tiada sebarang jawapan daripada lembaga itu. Ia berjalan terus sambil mengheret tali bubut. Tidak beberapa minit satu kejadian mengejutkan Bang Akob. Sebaik-baik saja dia membongkok memungut durian dan kemudian tegak semula, lembaga berwajah Pak Misan hilang dalam gelap malam itu.

Puas juga Bang Akob menyuluh di setiap penjuru dusun duriannya, namun lembaga itu tetap tidak kelihatan lagi. Bang Akob melaung memanggil Pak Misan tetapi tidak ada sebarang jawapan. Dia mula takut. Angin bertiup lebih kencang. Daun-daun berguguran. Kilat memancar sekali-sekala. Bunyi burung hantu di kejauhan menambahkan seram suasana ketika itu.

Bang Akob betul-betul ketakutan. Dia tidak mempedulikan lagi durian yang gugur. Apa yang ada di bakulnya, itu saja yang dibawa pulang ke pondok. Langkahnya begitu cepat. Hatinya bertanya sendiri: ”mengapa Pak Misan merayau di tanah kubur pada tengah-tengah malam begini?”

Menjelang subuh, Bang Akob pulang ke rumah membawa durian yang penuh sarat di dalam bakul di belakang motosikalnya.

Sebaik saja sampai di kepala simpang, Bang Akob terkejut besar ramai penduduk berkumpul di situ. Sebuah Land Rover hitam juga ada di situ.

“Eh apa halnya?” Tanya Bang Akob apabila ternampak kaki orang terjulur dari belakang Land Rover hitam itu.

Pagi itu Kampung Pandan Seri gempar secara tiba-tiba. Seorang penduduk, Mat Jami menemui mayat Pak Misan terlentang di bangsal di belakang rumahnya. Terpandang saja mayat itu, Mat Jami patah balik ke masjid. Dia ingin memberitahu jemaah masjid yang belum pulang selepas menunaikan solat subuh.

Ketua kampung dan Pak Imam masih di masjid. Mereka dan beberapa jemaah terkejut dengan berita yang dibawa Mat Jami. Tanpa membuang masa, mereka beredar ke rumah Pak Misan, Pak Misan sudah kaku di tepi bangsal. Mayatnya dikerumuni semut halus.

“Eh, apa hal Pak Misan memegang tali?” Tanya Pak Imam. Semua yang ada menerpa menghampiri mayat Pak Misan. Soalan itu tidak berjawab. Tidak ada seorang pun di situ yang tahu mengapa seutas tali bubut panjang dua depa itu ada di sisi Pak Misan.

“Kemaskan rumah Pak Misan,” arah Tuk Ketua Kampung. “Seorang pergi beritahu polis.”

Beberapa orang segera naik ke rumah Pak Misan. Pintu depan dan semua tingkap rumah itu terbuka. Mereka mengemas di sana sini dan membentang tikar tempat Pak Misan dibaringkan nanti.

“Kemudian kamu beritahu semua anak Pak Misan,” sambung Tuk Ketua Kampung apabila salah seorang penduduk bersedia dengan motosikalnya untuk ke balai polis kira-kira lima kilometer dari kampung itu.

Dalam masa yang singkat saja kematian Pak Misan tersebar ke seluruh kampung. Orang ramai mulai datang kerana ingin melihat keadaan Pak Misan yang dikatakan misteri itu.

Polis datang dan mengambil mayat Pak Misan untuk dibedah siasat. Orang kampung terus mengerumuni Land Rover hitam. Ketika itu Bang Akob sampai dan dia berhenti di situ bersama-sama dengan orang ramai. Di situ juga dia mendengar cerita mengenai mayat Pak Misan terbujur memegang seutas tali.

“Pak Misan memegang tali?” Tanya Bang Akob sendirian. Keanehan itu timbul kerana dia sendiri terserempak dengang lembaga menyerupai Pak Misan di kebun durian. Dia juga kelihatan mengheret seutas tali.

Selesai urusan pengkebumian Pak Misan, cerita misteri kematian Pak Misan tidak habis di situ. Ia merebak terus. Ramai yang bersimpati dengan arwah Pak Misan namun ramai juga yang mengaitkannya dengan pelbagai kisah timbul ketika Pak Misan masih hidup.

Seminggu selepas kematian Pak Misan, timbul pula kejadian yang lebih buruk. Kampung Pandan Seri ditimpa suasana yang menakutkan. Menjelang senja saja, terdengar suara terpekik terlolong kononnya terpandang lembaga mengheret tali berjalan di sekitar rumah Pak Misan. Yang mendakwa nampak hanya seorang dua, tetapi ceritanya cepat merebak sampai ke telinga anak remaja dan suri rumah.

Suatu senja, beberapa lelaki agak tua berjalan melintasi rumah arwah Pak Misan yang tinggal kosong sejak kematiannya. Sebaik saja sampai di depan rumah itu, mereka ternampak jelas satu lembaga menyerupai Pak Misan.

Sebelum meninggal, di situlah biasanya Pak Misan berdiri menunggu kawan-kawannya bersama ke masjid.

Hari demi hari, semakin ramai orang terserempak dengan lembaga itu. Yang anehnya tiap kali bertemu lembaga orang tua itu sedang mengheret tali.

Bukan itu saja,tali bubut itu juga melahirkan satu lagi misteri. Beberapa orang suri rumah pernah terserempak tali itu berlengkar di depan pintu rumah.

Kejadian itu sesungguhnya amat menakutkan penduduk Pandan Seri. Langkah mengatasinya diambil. Tuk Ketua Kampung memanggil anak buah berkumpul mencari jalan menghilangkan jelmaan itu. Ramai penduduk kampung bersimpati dengan arwah Pak Misan.Mereka tidak mahu jelmaan lembaga itu dikaitkan dengan Pak Misan. Sudahlah ketika ada hayatnya dulu hidup sebatang kara, ditinggal anak dan matinya pula menjadi sedemikian rupa.

“Baiklah, biar saya cuba bercakap dengan lembaga itu,” kata Pak Imam membuat cadangan.

“Saya nak ikut Pak Imam,” celah seorang ketika berlangsung pertemuan penduduk di masjid kampung itu.

“Biar saya pergi seorang diri…” jawab Pak Imam, ”saya merayu dengan makhluk halus itu nanti supaya jangan mengganggu penduduk kampung kita.”

Ramai orang tua di kampung itu percaya kononnya ketika hayatnya dulu, Pak Misan banyak menyimpan ilmu batin, termasuklah ilmu mempertahankan diri dan penggerun. Banyak makhluk halus mendampinginya. Akibatnya kehidupan Pak Misan menjadi tidak tenteram, terutama pada penghujung hayatnya.

Pada usia penghujung enam puluhan, Pak Misan kematian isteri. Dia tinggal kesepian. Semua anaknya sudah berkeluarga dan tinggal jauh dari rumah orang tua itu. Akhirnya, kira-kira enam bulan hidup membujang dan dihimpit pelbagai tekanan perasaan, Pak Misan menyuarakan rasa hati kepada semua anaknya untuk berkahwin lagi.

“Tak boleh ayah… kalau ayah mati nanti senang-senang saja janda ayah dapat harta… kami dapat apa?”kata anak sulung. Anak yang lain juga sekata.

Mendengar itu, Pak Misan tunduk saja. Air matanya menitis ke lantai. Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul… Pak Misan menahan hati tidak terhingga. Semua anaknya mementingkan diri tanpa memikirkan keadaan dan perasaan si ayah.

Agak lama juga Pak Misan bergelut dengan perasaan. Rayuan dan pujukan syaitan tidak putus-putus menyerang Pak Misan. Dengan sedikit iman di dada dapat juga Pak Misan melawannya, namun sampai bila?

Suatu hari pujukan syaitan bertambah kuat. Ia menabur janji yang indah-indah dengan syarat Pak Misan mengikut kehendaknya. Pak Misan bergelut lagi dengan hasutan itu. Akhirnya dia sudah mencapai seutas tali, tetapi dia masih mampu melawan pujukan itu. Dia rebah di bangsal di belakang rumah.

Sejak kematian Pak Misan, timbulah pelbagai cerita mengenainya. Ada yang menamakan jelmaan lembaga itu sebagai ‘hantu tali gantung’. Begitu buruknya sekali fitnah yang dicipta sesetengah anggota masyarakat kampung itu.

“Assalamualaikum…!”seru Pak Imam di depan rumah Pak Misan. Tiada jawapan. “Sah ini syaitan… ia menyerupai… jahatnya syaitan jahanam!” kata Pak Imam dalam hati. Kemudian dia membaca ayat suci khusus menghalau syaitan. “Sudah… Pak Misan sudah meninggal… ini bukan dunianya lagi… pergi!”

Selesai di situ Pak Imam mengajak beberapa penduduk kampung pergi ke kubur Pak Misan. Mereka membaca Al-Fatihah dan Yasin di samping memohon doa agar roh Pak Misan sentiasa dalam keadaan dirahmati Allah. - Amin.

HANTU RAYA MENJELMA DI MALAM AIDILFITRI

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak, abah dan adik-adik serta kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita.

Apa cerita dengan Naim ye ? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik Main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan ! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd' ! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya.

Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu.

Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey ! Siut ! Aku ingat orang darat mana tadi ! Engkau rupanya ! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni ?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah ! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak ?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.

Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la ! zaman beredar, manusia pun kena berubah ! Mana kau tau aku nak balik ?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh ! kau ni nak terus balik rumah ke ?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah !" " Ala ! singgahlah rumah aku dulu ! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim ! Pagi esok aku balik la ! boleh terus siap untuk sembahyang raya !" kata Raiz dalam hati.

"Eh ? Kau duduk sorang je ke ? Mana mak ayah kau ? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah ! Naim menarik nafas panjang. "Inilah ! nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku ! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.

Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim. "Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je !" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh.

Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang. "Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik !

Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh ! Aku cuma tunggu kau balik ! Salah ke ? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau ? Tak peduli aku makan ke, minum ke ! sakit ke ! matipun diorang mesti tak ambil peduli !"

Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan rasa hampanya. "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali !" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa ? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye ! Eh ! Minumlah ! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la !". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering.

Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim ! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni !" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf ? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana.

Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ! ye. Esok dah nak raya,aku Mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

"Astaghfirullah ! Budak ni kat sini rupanya ! Puas kita tunggu dia balik !" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur. Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh ? Mak !" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Semeunya berpakaian cantik dan kemas.

"Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa ? Dah takde rumah nak balik ?" jerkah ayahnya. "Eh ? Kenapa pulak diorang marah ni ? Raiz memerhatikan ekelilingnya.Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering ! Hanya daun-daun kering yang bertaburan ! Lebih memeranjatkan lagi, di tepinya terpacak batu nisan !

Raiz melompat bangun.. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh ? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah ! "Apa ?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu !" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2008 ! Raiz terpelangah.

"Mak ! Malam tadi saya jumpa Naim mak !! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi ? Bulan puasa pun ada hantu ke ?" "Budak ni...bulan puasa mana ada hantu ! Naim dah tak ada ! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.." terang ibunya dengan suara pilu.

Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi ! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu ! apakah yang Raiz temui Semalam ? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya.

Raiz terduduk kebingungan di sisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi. "Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye !"

Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku ! semoga kau tenang dan aman di sana !

Wednesday 13 April 2011

Hantu Perempuan Bawa Anak



Biasa kita dengar cerita seorang wanita perempuan menumpang kereta di waktu malam di jalan-jalan yang sunyi.. Mendukung seorang bayi. Biasanya menumpang ke tanah perkuburan. Yang biasa berlaku, bayi yang didukungnya adalah sekeping batu nisan. Kalau dalam kes teksi, duit tambang yang dibayarnya adalah kepingan daun kering. Kemudian untuk kes-kes yang lebih menyeramkan perempuan yang menumpang kereta ini akan mengilai sehingga menyebabkan kemalangan. Ada juga cerita yang didengar di mana bayi tersebut ditinggalkan di dalam kereta, dan apabila diperiksa ia sebenarnya batu nisan yang berlumuran darah!

Kata orang, hantu ini biasanya menumpang kenderaan daripada kawasan kemalangan hingga ke tanah perkuburan yang terdekat.

Mengikut sesetengah orang, sebelum perkara ini berlaku, terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu akan berlaku. Biasanya suhu akan turun secara mendadak. Jadi seram sejuk. Jalanraya yang dilalui tiba-tiba menjadi sunyi (tidak berselisih dengan kereta langsung). Siaran radio terganggu.

So, kepada yang nak balik kampung beraya tu, hati-hatilah kalau jalan yang dilalui tiba-tiba menjadi semacam dia punya sunyi. Dan kepada penumpang pulak, dalam pemanduan di waktu malam, kalau korang rasa nak renung ke luar tingkap kereta, jangan berbuat demikian. Sebab entiti tersebut yang memanggil anda untuk melihat. Anda mungkin bakal terlihat sesuatu yang tidak dapat anda lupakan seumur hidup.

Akan datang kita akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai gangguan-gangguan makhluk halus di jalanraya.

Aishah Hidup Lagi....

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.