Tuesday 14 June 2011

Setinggan Anjing Di Brazil


CAXIAS DO SUL - Sebuah kawasan setinggan di sini, selatan Brazil, memiliki sebanyak 1,600 buah rumah anjing dibina untuk komuniti haiwan tersebut, lapor sebuah akhbar semalam

Rumah-rumah anjing tersebut dibina daripada kayu dan zink oleh sebuah pertubuhan amal, So Ama.

Anjing-anjing liar yang ditangkap, diikat pada rumah anjing yang dibina pada jarak yang rapat di kawasan seluas satu hektar.

Sukarelawan So Ama bergilir-gilir menjaga dan memberi haiwan tersebut makan.

"Kami memulakan projek ini kerana mahu melakukan perubahan tetapi ia menjadi semakin besar dan ini sahaja yang mampu kami lakukan," kata ketua pemasaran organisasi berkenaan, Natasha Oselame.

Menurutnya, pihaknya terpaksa bergantung kepada derma orang ramai kerana geran AS$14,000 (RM42,595) yang diberikan pentadbiran tempatan setiap bulan tidak mencukupi untuk membiayai aktiviti it.

No comments:

Post a Comment