Monday 2 May 2011

Kau Yang Panggil Aku Kan Tadi...


Begini kisahnya... Setahun yang lalu saya bosan duduk di rumah jadi saya pun keluar pergi ke Blok Balau. Jarak rumah saya hendak ke sana lebih kurang dua batu. Jadi saya pun suruhlah kawan-kawan saya berjumpa saya di Taman Balau.

Setibanya di sana, kawan-kawan saya kata duduk di taman dulu rehat-rehat. Jam sudah dekat pukul dua pagi ketika itu. Selepas tiga puluh minit berlalu, apa yang berlaku selepas itu, orang dulu kata kalau terdengar bunyi burung WAK WAK, itu bermakna ada kakak cantik dah nak dekat. Saya pula tertegur dan berkata, "Eh korang dengar tak bunyi burung apa itu. Itu kan burung WAK WAK. Atuk aku cakap kalau terdengar bunyi burung itu, bermakna pontianak dah dekat!" Kawan-kawan saya pun cakap, "AH MEREPEK LAH KAU INI..."

Selepas lima minit saya menegur itu, saya ternampak ada kain putih terbang dari bumbung masjid hingga pokok, terus hilang. Masjid itu depan saya, lebih kurang 300 meter jaraknya. Saya pun cakap dengan kawan-kawan saya supaya cepat-cepat beredar sebelum benda itu datang sini.

Dipendekkan cerita, kami semua lari lepak dekat kolong blok saya menghadap sebuah pokok pisang. Nak tahu? Kakak cantik itu dekat belakang pokok pisang saja. Saya terdiam dari perbualan. Kawan-kawan saya tanya, "Kenapa kau diam Chot?" Saya cakap tak ada apa-apa tapi kawan-kawan saya dah dapat tahu sebab muka saya pucat semacam. Selepas saya nampak si kakak cantik itu, lebih kurang sepuluh minit kemudian, anjing menyalak tak henti-henti. Saya cakap, "Lebih baik kita baliklah. Aku tak sedap hati..."

Tiba-tiba terdengar suara orang berkata, "ENGKAU TAKUT KE? TADI BUKAN KAU YANG PANGGIL AKU KE?" Saya terkejut, kami pun apa lagi, lintang-pukang lari. Kawan-kawan saya semua balik rumah, tinggal saya sahaja. Semasa saya nak balik rumah, saya terdengar lagi bunyi orang bersuara tapi tak berapa jelas. Anjing dari senyap terus menyalak sekuat-kuatnya. Saya baca Ayat Kursi dan terus berlari sampai ke rumah. Sampai saja saya di rumah, bapa saya marah saya sebab membawa benda itu masuk ke rumah tanpa izin. Bapa saya ini boleh dapat merasakan kehadiran makhluk2 halus ini.

Bapa saya terus memberikan saya air yang telah dibacakan ayat2 suci dan saya mandi dan terus tidur selepas itu.

No comments:

Post a Comment